Monthly Archives: December 2004

Lawatan Pagi

Datang tengahari tadi. Naqiuddin masih menggunakan bantuan pernafasan kat mulut. Tapi dah dikurangkan kepada 25%-30% sahaja.

Heart rate pun dah turun jadi 99-105 perminit.

Tadi ada Dr yang selalu check Naqiuddin. Dr tu kata paru-paru dia OK. Cuma kahak sahaja. Dia faham ler yang Naqiuddin banyak kahak, sebab tu susah sikit nak bernafas sendiri. Cuma Dr semalam tak biasa check Naqiuddin, tu yang kata paru-paru tak OK.

Ni nak pergi melawat sesi petang pulak. Nak makan nasi dulu. Lunch pukul 5 petang 🙂

Saluran Bantuan Oksigen Di Pasang Semula

Pagi tadi naqiuddin hanya guna bantuan oksigen di hidung. Tetapi SpO2 tak stabil. Kejap naik kejap turun. Petang Kotak kaca dipasang semula. Pun begitu bacaan tak dapat capai tahap 95% keatas, Akhirnya bantuan saluran oksigen melalui mulut seperti yang digunakan sejak 3 minggu lalu dipasang semula dengan 45% bantuan mesin.

Petang tadi ada bercakap dengan Dr . Tak tau nama doktor tu sapa. Sebab tak pernah jumpa sebelum ni. Dia kata Naqiuddin tak biasa bernafas sendiri guna hidung lagi. Sebab lama sangat terima bantuan oksigen.

Doktor tu kata juga paru? naqiuddin tak berapa bagus. Pening kepala aihh… kejab kata OK kejap kata tak.

Moga kau dapat kuatkan dirimu anakku.

Seminggu Selepas Pembedahan ke-2

Ada sedikit kesilapan cerita tengahari tadi. Naqiuddin belum bernafas menggunakan udara persekitaran biasa lagi. Almaklumlah, tak datang tengok lagi. Cuma dapat info dari SMS ibunya. Selepas buka kotak kaca, dia masih guna salur oksigen. Tapi dekat hidung.

Tapi bila dia pakai kat hidung, SpO2 asyik turun je. Kadang? sampai bawah 50%, kadang? atas 90%. Mungkin belum biasa bernafas guna hidung.

Moga esok naqiuddin semakin OK. Petang tadi Embah lanang dan wedoknye (tok dan nenek) serta pak dek nye datang melawat. Sekarang mereka ada di rumah kami.

Kotak Kaca Dah Dibuang

Naqiuddin dah bernafas menggunakan oksigen persekitaran udara biasa.

Kotak kaca yang menutupi kepalanya semalam dah dicabut. kalau macam ni gayanya, Esok atau lusa masuk wad dah le kot.

Pak Ngah dia yang nak bernikah Januari ni dan kawan? dia datang melawat sebentar tadi. TQ. Petang ni maybe Embah Lanang dan Wedok (Tok dan nenek) dan Pak Dek nye pulak datang melawat kot. Kalau tak hari ni Ahad kot. Sebab hari ni mereka nak memulakan perjalanan ke Batu Pahat Johor. Kenduri sepupu kahwin.



Saluran Oksigen Dah Di Tanggalkan

Saluran bantuan oksigen yang naqiuddin pakai sampai ke anak tekak sejak 3 minggu lepas akhirnya dibuka hari ini kira-kira jam 4 petang. Kini kepalanya diletakkan dalam kiub kaca yang menerima bantuan oksigen dari luar. Alhamdulillah, nampaknya tanpa saluran bacaan oksigen Naqiuddin kekal sekitar 95%-100%.

Namun saluran yang masuk ke hidung dia (Untuk minum susu dan masuk ubat) belum ditanggalkan lagi. Bila dah nak masuk wad nanti dia tanggalkan ler.

Lepaih ni nunggu dua tiga hari juga la kot nak dengo suaranya keluar bila menangis. Maklumler, 3 minggu tanpa suara.

Syukur kepada Allah. Moga cepat sembuh dan balik rumah. Boleh main guling? dengan abah.

Naqiuddin Masih Tak Mau Bernafas Sendiri

Hari ni Naqiuddin banyak berjaga. Sebab pemberian ubat tidur dah diberhentikan.

Nurse kata ada juga cuba nak buka saluran oksigen naqiuddin hari ni. Tapi naqiuddin tak nak bernafas sendiri. Mungkin tak biasa, mana tak nya. Dah 3 minggu bernafas guna saluran oksigen tu.

InsyaAllah kejab-kejab lagi ni boleh lah kot.

Naqiuddin Masih Gunakan Bantuan Oksigen

Petang tadi nurse kata ada cuba-cuba nak buka bantuan oksigen. Tapi masih belum boleh lagi.

Heart rate naqiuddin dah turun 120-125 perminit. Bantuan oksigen pun dah kurang ke 45 %.

InsyaALLAH esok boleh kot buka salur oksigen tu. Cepat buka, cepat masuk wad, cepat sihat dan cepat balik rumah. InsyaALLAH amin….

Cuti sekolah pun dah nak buka. Nampak gaya kalau tak keluar lagi, ibu Naqiuddin kene mintak cuti ler. Kalau dah keluar pun kene mintak cuti juga. Takkan baru lepas operation ni nak hantar ke pengasuh.

Saluran Oksigen Mungkin Dibuka Hari Ini

Hari ni nurse kata mungkin bantuan oksigen dari mesin akan dibuka. Tapi bergantung kepada keputusan “Echo” yang akan dibuat sekejap nanti. Echo ni kira macam scan ultrasound nak tengok baby dalam kandungan juga. Tapi ni untuk jantung. Kalau ada satu part tu bergerak (tak tau le apa bendanya), bermakna Naqiuddin dah boleh bernafas sendiri dan bantuan oksigen boleh dibuka.


Contoh gambar Echo yang di download dari internet

Nurse juga memaklumkan yang paru-paru Naqiuddin dah OK berdasarkan x-ray yang dah dibuat.

Alhamdulillah.

hari ke-4 lepas operation ke-2

Hari ni dan semalam Kamilz dah start connect internet guna Jaring Wireless Broadband dari rumah. So boleh le buat kerje laju sikit 🙂 Package ni ada pulak my015 Wireless Phone. Boleh call mana? seluruh Malaysia 10 sen seminit (Kalau nak call free kena la tambah bayaran sebulan RM 50 lagi :)). Dan call oversea dari 10 sen seminit.

Hari ni keadaan Naqiuddin bertambah baik. Dah banyak wayar? yang melekat kat badan dia dah dicabut. Bantuan Oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 45-50%.

Ubat yang dimasukkan ke badan Naqiuddin pun dah dikurangkan kepada 6 jenis berbanding 7 jenis semalam.

Hari ni abah Naqiuddin yang demam. Tapi petang tadi makan paracetamol dua bijik alhamdulillah, sekarang dah OK rasanya.

Lawatan Hari ke-3 Selepas Operation

Semalam waktu melawat Dr Hamdan Leman pakar bedah ada di PICU. Dr kata perkembangan Naqiuddin bagus. Bantuan Gas Nitrogen pun dah dicabut. Tapi oksigen belum dicabut lagi.

Nampak kurus pulak Naqiuddin semalam. Muka dan lengan nampak kurus. Tak tau lah sama ada memang mengecil atau sebab sebelum ni tengok badan dia bengkak sebab kena operate.

Semalam Pakcik Fauzi (Tok Cik Naqiuddin) datang melawat. Terima Kasih.