Setelah 4 hari melatih form 1 bersama instructor lain dan pengetua,dpt juga mereka buat persembahan senam silat dgn cukup baik.Walaupun baru belajar,mereka agak cepat tangkap…Tqvm kome sbb bg komitmen yg terbaik…
gambar dan video di bawah..
Setelah 4 hari melatih form 1 bersama instructor lain dan pengetua,dpt juga mereka buat persembahan senam silat dgn cukup baik.Walaupun baru belajar,mereka agak cepat tangkap…Tqvm kome sbb bg komitmen yg terbaik…
gambar dan video di bawah..
Alhamdulillah. Minggu lepas Naqib dapat adik baru. Adik lelaki lahir 6 November 2013 di Hospital Putrajaya.
Abah dah daftarkan nama adik Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil. Akmal, Naqib yg cadangkan kat abah.
Sekarang Naqib dah ada tiga 0rang adik. Nur Ainun Naqia, Ahmad Aqlan Syamil dan Ahmad Afiq Akmal. Sekarang Naqib yang tolong ibu & abah jaga adik sampai cuti sekolah. Adik Naqia & Aqlan dah ikut Tok balik Kedah sehari sebelum adik lahir.
In sya Allah, hujung minggu ni cuti sekolah & balik Kampung. Rindu kat adik naqia & Aqlan.
Cuti sekolah hujung tahun 2012, Naqib, adik2 ibu & abah pergi Bukit Merah Lake Town. Seronok mandi-manda.
Lepas dah puas kat Bukit Merah, terus balik kat rumah Tok Wan kat Kedah. Dua minggu lebih duduk Kampung.
Dah 2 minggu lebih balik semula ke Taman Ixora, malam esoknya Naqib Sunat di Poliklinik kat Nilai Negeri Sembilan.
Tahun lepas Naqib tak ada pemeriksaan di IJN.. Selasa minggu lepas 27 Mac 2012, sekali lagi Naqib ada appointment di IJN.
Pagi-pagi seperti biasa Naqi bangun, tapi bukan ke sekolah. Tapi ke IJN. Lepas hantar adik Naqia & Aqlan terus hantar ibu ke sekolah, Naqib terus ikut abah ke IJN, berhenti sarapan sekejap di R&R Seri Kembangan Mex Highway.
Sampai IJN dalam 8.40. Waktu appointment 9.45. Tapi pukul 12.15 baru dipanggil untuk buat ECG dan timbang berat. Berat Naqib 17.4kg & tinggi 112.1 cm. Berat naik 3 kg, tinggi dalam 8.8 cm berbanding 1 setengah tahun lepas.
Lepas ECG & Timbang, baru Doktor panggil untuk buat Echo.. Kali ini Dr Marhisham Che Mood yang periksa.. Tak pernah jumpa sebelum ni..
Alhamdulillah. Ikut kata Dr, perkembangan normal. Kebocoran yang dikesan sebelum ini masih sama. Waktu temujanji akan datang dijarakkan lagi kepada 2 tahun iaitu Mac 2014. Jadi darjah 4 Nanti baru Naqib ke IJN semula.
Selesai 1.20 terus bekejar balik kerumah, sebab Naqib sekolah KAFA petang ni.