Tiga bulan lepas Naqib buat pemeriksaan di IJN untuk tahun ke-4. Sepatutnya kalau ikut kebiasaannya, pemeriksaan akan diadakan setahun lepas tu (should be Sep 2009).
Disebabkan kebocoran di Injap agak mebesar, Doktor suruh makan ubat enalapril 2.5mg setiap hari selama 3 bulan.
PEMERIKSAAN 9 JANUARI 2009
Jumaat lepas 9 Januari 2009, Naqib pergi check-up. Pergi dengan abah, ibu dan adik Naqia. Abah ambik cuti, Ibu minta kebenaran untuk keluar sekolah. Naqib pun cuti tak pergi tadika.
Dari rumah kira-kira jam 6:45 pagi terus kesekolah Ibu, lepas tu terus ke IJN. On the way ke IJN Naqib pening kepala & muntah². Sampai IJN kira² 8:15 pagi. Bila dah ke dalam bangunan IJN tu hilang pulak pening kepala Naqib.
Lepas ambil no Q 3006 (No 6) pergi breakfast di Cafe IJN. Lebih kurang 9:20 buat ECG di bilik 63. Lepas ECG ambil berat di bilik 25. Berat Naqib 13.5 kg. Menurun berbanding check-up 3 bulan lepas 14.1 kg.
Lebih kurang pukul 9.50 buat Echo di bilik 26. Kali ni Dr. Mazni yang check. Doktor yang selalu check Naqib masa operation dulu.
Menurut kata Dr. Mazni, kebocoran di injap tu macam biasa. Ada sikit. Ubat pun tak payah ambil lagi.
Next check-up setahun lagi.
Masa check-out, next appointment di tentukan Januari 2010. Tapi tarikh tak confirm lagi. Hujung tahun ni IJN akan hantar surat.
BALIK KAMPUNG
Lepas habis semua kira² 10:30 pagi, kami teus bertolak balik Kampung Tok Wan di Padang Serai Kedah. Tok Wan balik haji hari ini. 1 pagi tadi dah sampai Airport Bayan Lepas.
Lebih kurang 5 petang kami sampai di Kampung.
1 petang Ahad 11 Januari 2009 kami bertolak balik ke Sepang. 6:45 ptang kami sampai di Sepang.