Daily Archives: December 28, 2004

Genap Sebulan di IJN

Hari ni genaplah sebulan Naqiuddin bermukim di IJN dan telah melalui dua operation (BT Shunt & Arterial switch operation) kerana menghadapi masalah Transposition of great arteries (TGA) .

Esok InsyaALLAH masuk ke wad. Bacaan ECG pun semua dalam keadaan normal dan terbaik. Ambulatory blood pressure (ABP) monitoring 60-70 (normal untuk baby bawah 6 bulan). Heart rate pun 135-140 (juga normal untuk baby bawah 6 bulan). Respiratory Rates (RR) 25-35 (juga normal). SpO2 kekal 100%.

Petang tadi naqiuddin menangis je. Mana tak nye. Kena tipu . Perut lapo tapi dibagi puting nak bagi diam kononnya. Susu kena bagi ikut schedule. Dah keluar sikit? dah suaranya bila menangis. :((.

Esok dijangka Masuk WAD

Alhamdulillah.

Dah tak ada lagi salur-salur yang dipasang di badan Naqiuddin kecuali salur oksigen diluar hidungnya dan salur untuk beri minum/sedut kahak. Plaster yang menutupi kesan operation (Arterial Switch Operation & BT Shunt) dah dibuka. Nampak le kesan jahitan macam jalan keretapi tu.

Heart rate dia sekitar 138-139 (Normal untuk bayi bawah umur 6 bulan). SpO2 pun 100%.

InsyaAllah, ikut kata nurse esok akan keluar dari Pediatrik ICU (PICU) dan naik masuk ke wad. Wad mana tak pasti lagi. Tapi mungkin wad melur. Sebab biasanya baby lepas operation akan naik wad melur.