Daily Archives: December 31, 2004

Naqiuddin Dah Mampu Tersenyum

Setelah hampir sebulan tak nampak naqiuddin tersenyum (sejak pembedahan BT Shunt 3 Disember), akhirnya hari ni nampak dia tersenyum. Bukan sedikit? tapi banyak kali. Kalau orang bercakap? kat dia mesti dia tersenyum. Dah dapat hisap susu sendiri, seronok le dia 🙂

Petang tadi buat Echo, Alhamdulillah semuanya OK. Sehari dua lagi balik le rumah InsyaAllah.

Dah hisap susu sendiri

Naqiuddin dah dibenarkan hisap susu sendiri guna mulut hari ni. Tak perlu dah guna tiub. Cuma sukatan masih kena ikut sukatan yang ditentukan. Tak boleh ler nak ikut sukatan yang biasa naqiuddin minum. Biasanya sebelum operation dulu naqiuddin minum 120 ml sekali minum. Tapi sekarang kena 60 ml je dan 3 jam sekali,

Darah dah check hari ni. OK. dan saluran darah yang dicucuk kebadannya pun dah dicabut.

Benang jahitan hari tu pun dah dibuka separuh.

Alhamdulillah.