Naqib sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung www.naqib.net. Semoga lebaran disambut dengan penuh ceria..
Monthly Archives: September 2008
I’m 4 years Old !
Pemeriksaan Tahun Ke-4 di IJN
Hari ini Naqib buat pemeriksaan lagi di IJN selepas operation TGA 17 Dis 2004.
Selepas abah & ibu sahur, hantar adik Naqia pergi taska & ibu ke Sekolah, Naqib dgn Abah terus ke IJN. Sampai +- 8:15 a.m. Naqib breakfast roti canai di cafe IJN.
Pukul 9 buat ECG. 11 pagi baru jumpa doktor buat Echo & timbang berat. Berat 14.2 Kg.
Hasil echo didapati kebocoran diinjap yg dikesan selepas operation semakin membesar. So Naqib kena makan ubat Enalapril 2.5 mg sehari sekali untuk kurangkan sikit jantung bekerja.
Appointment akan datang perlu lebih kerap. 3 bulan. Tarikh dah ditetapkan 9 Januari 2009.
Pukul 12 ambil ubat di farmasi IJN untuk stok untuk 3 bulan. Lepas tu balik ambik Ibu di sekolah.
First time Naqib Solat terawikh
Malam tadi first time Naqib join abah solat trawikh. Dekat Masjid Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi.
Naqib join abah solat Isyak 4 rakaat & Trawikh 8 rakaat. Walaupun dalam solat masih tak baca apa-apa & diselingi dengan main², tapi Naqib masih ikut Takbiratulikhram, rukuk, sujud, tahyat, salam & doa.
Doakan Naqib supaya terus istiqamah dalam menunaikan solat apabila dah mumayiz sehingga akhir hayat.
Dah dua minggu Naqib dengan pengasuh
Dah hampir 2 minggu Naqib tak duduk taska. Lepas cuti sekolah hari tu, Naqib terus duduk dengan pengasuh baru (Makcik Ida) bila Ibu & Abah kerja. Rumah Makcik Ida satu lorong dengan rumah Naqib. Sepatutnya adik Naqia yang duduk dengan Makcik ni.
Sebelum cuti sekolah hari tu, adik duduk sehari dengan Makcik Ida. Tapi lepas tu tak mau pulak. Sekarang adik duduk Taska Naqib duduk dengan Makcik Ida.