Assalamualaikum
Alkisahnya cuti di Port Dickson,seminggu sebelum sekolah.
Masjid Sri Sendayan.Yang kisahnya masjid ini diwakafkan oleh seorang tokoh perbankan di Malaysia.Solat dengan SOP dan amalan norma yang baharu.

Assalamualaikum
Alkisahnya cuti di Port Dickson,seminggu sebelum sekolah.
Masjid Sri Sendayan.Yang kisahnya masjid ini diwakafkan oleh seorang tokoh perbankan di Malaysia.Solat dengan SOP dan amalan norma yang baharu.
Setelah 4 hari melatih form 1 bersama instructor lain dan pengetua,dpt juga mereka buat persembahan senam silat dgn cukup baik.Walaupun baru belajar,mereka agak cepat tangkap…Tqvm kome sbb bg komitmen yg terbaik…
gambar dan video di bawah..
Assalamualaikum …
Dalam cuti Disember tahun lepas(2016) cuti aku penuh dengan 3 temuduga sekolah agama.Antaranya adalah
Sekolah Menengah Islam Hira’,Jeram
Sekolah Tinggi Islam AsSofa,Negeri Sembilan
Sekolah Izzuddin Shah.Ipoh
Alhamdulillah.Ketiga-tiganya dapat…
Apa pilihan aku?
Sekolah Izzuddin Shah aku pilih sebab saja nak sekolah jauh2..Dan ikut jejak langkah abah…
Pada 11 Jan 2017..Aku telah ke Sekolah Izzuddin Shah(SIS) bagi pendaftaran Sesi 2017.
Dan pada 17 Jan 2017,aku dipilih untuk memasuki ALIRAN TAHFIZ(1 IBNU SINA/1 TAHFIZ)
Semoga dapatlah untuk menghafal dengan sempurna…Insha Allah…
[GAMBAR HILANG]
#SIS
#SEKOLAH IZZUDDIN SHAH
#SUPER ISLAMIC SCHOOL
Assalamualaikum..
Pada 14/10/2016 Masehi bersamaan 13 Muharram 1438 Hijriah, SK KLIA telah mengadakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah bagi tahun ini.Pihak sekolah juga telah menjemput Da’i Hidayu untuk memberi kan ceramah.Selepas Ceramah,pasukan saya membuat nasyid bertajuk Selawat (KAMIL KAFA I RAIHAN) dan Ya Badrotim.Antara gambarnya:
ALHAMDULILLAH…
Pada 9 April yang lalu,telah berlansungnya KEMAHIRAN AMAL ISLAMI PERINGKAT ZON 2 DAERAH SEPANG
Saya masuk nasyid je….
Itu pun main kongga…
ANTARA peserta KAFA ARTM yg melepasi untuk ke peringkat daerah
Bercerita Kisah AlQuran P
Hafazan Terjemahan L
Hafazan Tafsiran L
Tilawah Al-Quran L
Rawi wa Marhaban P
ini gambar peserta nasyid L
KLIK gambar untuk besarkan gambar.
KENAPA saya kata dua kali setahun gerhana?
JOM kita ingat balik
9 MAC 2016:GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA
23 MAC 2016:GERHANA BULAN PENUMBRA DI MALAYSIA
MasyaAllah!!! Hebatnya kuasa Allah.Sesungguhnya fenomena ini juga berkaitan dengan hari akhir zaman ataupun HARI QIAMAT
Firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 7-9 yang bermaksud, “Maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama”
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
Pada 8 Mac 2014,kita dengar bahawa kapal terbang MAS 370 hilang sehingga kini .Pada hari yang sama,selepas latihan GAYONG ,11.30 pm,saya dengar bahawa embah lanang telah kembali ke rahmatullah
ان لله وانا اليه راجيعون
Semoga roh Allahyarham Hj Zailani dicucuri rahmat.Doakan kpd MH 370 supaya selamat