Daily Archives: December 14, 2004

Lawatan Petang Hari ke-12 Di PICU

Keadaan terbaik Naqiuddin hari ni jam 12 tengahari tadi. Masa tu tak demam suhu pun 36.2 C, Heart rate pun rendah 119 per minit dan Oksigen 90 % dengan bantuan 75% mesin.

Tapi masa abahnya datang petang, suhu dah naik balik 37 C, heart rate naik 155-160 dan Oksigen sekitar 75-82% dengan 85% bantuan mesin.

naqiuddin-PICU-14dis04

Hari ni abah sempat ambil 2 gambar Naqiuddin guna handset (kat atas). Itu pun curi? ambik. Takut nurse marah. Tu yang angle pun tak berapa elok.

Hari Ke 12 di PICU

Ibu naqiuddin baru lepas melawat.

Naqiuddin demam malam semalam. Tapi siang dah OK. Dah jenis demam malam pulak.

Degupan jantung (heart rate) pun dah turun sedikit berbanding semalam (145-155). Oksigen 80% keatas dengan bantuan 75% dari mesin.

Semalam nurse ada cakap, kalau dia OK atau macam tu je perkembangan dia tak ada peningkatan, Arterial Switch Operation mungkin akan terus dibuat.