Daily Archives: December 26, 2004

Saluran Bantuan Pernafasan Mungkin Dibuka Semula MalamIni

Menurut kata nurse saluran bantuan oksigen ke mulut yang dipasang semula petang semalam mungkin akan dibuka malam ini atau esok pagi.

Keadaanakat petang tadi heart rate sekitar 120, SpO2 (Oxygen Saturation – kandungan oksigen dalam darah) dalam 95-100 % dengan 25% bantuan mesin.

Dikesempatan ini, nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa ombak besar Tsunami akibat gemba bumi di Sumatera yang terkorban lebih 43 orang di utara tanah air. Juga keluarga lebih 11,000 orang mangsa diseluruh Asia (Indonesia, India, Thailand dll)

Jadikanlah tragedi ini sebagai peringatan Allah kepada kita terhadap dosa² yang kita lakukan.

Lawatan Pagi

Datang tengahari tadi. Naqiuddin masih menggunakan bantuan pernafasan kat mulut. Tapi dah dikurangkan kepada 25%-30% sahaja.

Heart rate pun dah turun jadi 99-105 perminit.

Tadi ada Dr yang selalu check Naqiuddin. Dr tu kata paru-paru dia OK. Cuma kahak sahaja. Dia faham ler yang Naqiuddin banyak kahak, sebab tu susah sikit nak bernafas sendiri. Cuma Dr semalam tak biasa check Naqiuddin, tu yang kata paru-paru tak OK.

Ni nak pergi melawat sesi petang pulak. Nak makan nasi dulu. Lunch pukul 5 petang 🙂