Ada sedikit kesilapan cerita tengahari tadi. Naqiuddin belum bernafas menggunakan udara persekitaran biasa lagi. Almaklumlah, tak datang tengok lagi. Cuma dapat info dari SMS ibunya. Selepas buka kotak kaca, dia masih guna salur oksigen. Tapi dekat hidung.
Tapi bila dia pakai kat hidung, SpO2 asyik turun je. Kadang? sampai bawah 50%, kadang? atas 90%. Mungkin belum biasa bernafas guna hidung.
Moga esok naqiuddin semakin OK. Petang tadi Embah lanang dan wedoknye (tok dan nenek) serta pak dek nye datang melawat. Sekarang mereka ada di rumah kami.