Tag Archives: checkup

Pemeriksaan Susulan di IJN Tahun 2012

Tahun lepas Naqib tak ada pemeriksaan di IJN.. Selasa minggu lepas 27 Mac 2012, sekali lagi Naqib ada appointment di IJN.

Pagi-pagi seperti biasa Naqi bangun, tapi bukan ke sekolah. Tapi ke IJN. Lepas hantar adik Naqia & Aqlan terus hantar ibu ke sekolah, Naqib terus ikut abah ke IJN, berhenti sarapan sekejap di R&R Seri Kembangan Mex Highway.

Sampai IJN dalam 8.40.  Waktu appointment 9.45. Tapi pukul 12.15 baru dipanggil untuk buat ECG dan timbang berat. Berat Naqib 17.4kg & tinggi 112.1 cm. Berat naik 3 kg, tinggi dalam 8.8 cm berbanding 1 setengah tahun lepas.

Lepas ECG & Timbang, baru Doktor panggil untuk buat Echo.. Kali ini Dr Marhisham Che Mood yang periksa.. Tak pernah jumpa sebelum ni..

Alhamdulillah. Ikut kata Dr, perkembangan normal. Kebocoran yang dikesan sebelum ini masih sama. Waktu temujanji akan datang dijarakkan lagi kepada 2 tahun iaitu Mac 2014. Jadi darjah 4 Nanti baru Naqib ke IJN semula.

Selesai 1.20 terus bekejar balik kerumah, sebab Naqib sekolah KAFA petang ni.

  

Pemeriksaan di IJN tahun 2010

Pagi tadi Naqib buat pemerikasaan lagi di IJN selepas setahun lebih.. last checkup Januari tahun lepas.

Pukul 9.15 bertolak dari rumah dengan abah. Sampai IJN lebih kurang pukul 10. Lepas parking nak pergi ke tempat selalu buat check-up, dah tak ada. Dah banyak berubah IJN berbanding tahun lepas sejak bangunan baru IJN siap & digunapakai.

Rupanya Klinik Paediatrik dekat dengan parking kereta je.

Pergi kaunter pendaftaran dapat no 9055. Perlu tunggu di bilik 907. Pergi kat bilik 907 tengok no queue 9051. Tapi tak berubah-ubah. Jam baru 10.15 pagi.. mungkin lambat lagi, sebab ikutkan appointment 11.35. Naqib dengan abah pun pergi kafetaria untuk sarapan pagi. Jauh betul kafe sekarang. Di hujung bangunan baru. Naqib makan nasi lemak & milo ais.

Lepas makan balik ke paediatrik. Tengah tunggu tiba2 abah dapat call dari IJN.. rupanya Naqib dah dipanggil banyak kali sebelum ni. Jam baru 10.57 pagi..

Masuk bilik doktor.. Dr. Chan Tee Ling.. rasanya Dr. ni kali pertama check Naqib. Dr. ambik Echo.. lama juga Dr. ni ambik berbanding check-up sebelum ni.

Lepas habis buat echo, Dr. suruh Naqib buat ECG.. lepas buat ECG ambil blood pressure dan  balik semula jumpa Dr.

ECG Naqib lebih kurang sebelum ini juga. Normal.. Blood preasure pun normal 112/57 & pulse 78.. Namun doktor cakap bengkak pada injap sambungan yang dioperate dulu macam makin membesar.. Gambar dibawah lakaran Dr. masa terangkan keadaan Naqib.. tapi tak tau macam mana nak cerita kat sini.. nanti cerita org lain tak paham pulak 🙂

Mula2 Dr. suruh ambil semula ubat Enapril.. tapi setelah Dr. tengok ECG Naqib normal dan bincang dengan Dr. Hasri yang pernah check dan suruh Naqib ambil ubat tu sebelum ni, dia kata tak perlu ambil ubat.. tapi datang checkup lagi selepas 3 bulan..

Dr. Nasihatkan agar Naqib tak dilibatkan dengan aktiviti yang berat dan sukan yang lasak seperti bola sepak supaya jantung tak banyak bekerja. Keadaan ini kadangkala memerlukan menjalani pembedahan sekali lagi.. tapi dalam tempoh yang lama lah..

Dapatkan tarikh appointment kat kaunter pendaftaran. Perlu datang semula 2 September 2010, seminggu sebelum Aidilfitri.