Category Archives: Pengasuh

Dah dua minggu Naqib dengan pengasuh

Dah hampir 2 minggu Naqib tak duduk taska. Lepas cuti sekolah hari tu, Naqib terus duduk dengan pengasuh baru (Makcik Ida) bila Ibu & Abah kerja. Rumah Makcik Ida satu lorong dengan rumah Naqib. Sepatutnya adik Naqia yang duduk dengan Makcik ni.

Sebelum cuti sekolah hari tu, adik duduk sehari dengan Makcik Ida. Tapi lepas tu tak mau pulak. Sekarang adik duduk Taska Naqib duduk dengan Makcik Ida.




Bulan Last Naqiuddin dgn Pengasuh

Start Esok sampai 27 Julai ni kena pergi Kursus Induksi di INTAN Wilayah Utara (INTURA) Sungai Petani Kedah. Tinggal le Naqiuddin & Ibunya kat KL. Tempat Kursus dekat dengan rumah mertua. Kebetulan pulak 28 hb tu mertua nak datang KL sebab 29 Adik ipar di Australia nak balik. So bawak sekali le balik KL nanti.

Hari ni pulak dapat berita yang Ummi (Pengasuh Naqiuddin) boleh jaga sampai 28 Julai Ni je. Sebab dapat pindah rumah ke Kuarters DBKL. Masalah juga ni sebab tak ada kat KL… Kena cari pengasuh lain ni..




Naqiuddin Dah Mampu Tersenyum

Setelah hampir sebulan tak nampak naqiuddin tersenyum (sejak pembedahan BT Shunt 3 Disember), akhirnya hari ni nampak dia tersenyum. Bukan sedikit? tapi banyak kali. Kalau orang bercakap? kat dia mesti dia tersenyum. Dah dapat hisap susu sendiri, seronok le dia 🙂

Petang tadi buat Echo, Alhamdulillah semuanya OK. Sehari dua lagi balik le rumah InsyaAllah.