Category Archives: Sekolah

Gotong Royong SK KLIA 2018

 

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam..aku pegi sekolah sebab ada gotong royong kat ex school aku..aku pun join la..Aku gi bilik Kaunseing,tempat aku “melepak”waktu jadi PRS dulu..Aku tolong la memaku banner kat tangga..boleh tahan banyak juga..Banyak yang berubah sejak aku keluar..

 

 

2 Minggu Naqib Sekolah – Tamat Orientasi

Hari ni Naqib dah mula belajar di Sekolah Kebangsaan KLIA, Sepang. Dua minggu sebelum ni orientasi belum belajar.

Semasa daftar Naqib diletakkan dalam kelas sementara Tahun 1 Airbus.

Seminggu selepas sekolah (Isnin lepas) Naqib dipindahkan ke kelas Tahun 1 Boeing. Semuanya ada 5 kelas. Lain-lain kelas Cessna, Dakota dan Eagle. Semua adalah nama-nama aircraft atau kapal terbang.

KAFA

Untuk sekolah agama pulak Naqib sekolah di KAFA Integrasi An-Nur. Tapi di SK Bandar Baru Salak Tinggi. Sama dengan abang Yasin anak Cik Da… Di SK KLIA pun ada KAFA Integrasi. Tapi Naqib tak sekolah di sana.

Di KAFA hari pertama Naqib dah mula belajar… Naqib masuk Kelas 1 Abu Hurairah..