Tag Archives: Ubat

Pemeriksaan Tahun Ke-4 di IJN

Hari ini Naqib buat pemeriksaan lagi di IJN selepas operation TGA 17 Dis 2004.

Selepas abah & ibu sahur, hantar adik Naqia pergi taska & ibu ke Sekolah, Naqib dgn Abah terus ke IJN. Sampai +- 8:15 a.m.  Naqib breakfast roti canai di cafe IJN.

Pukul 9 buat ECG. 11 pagi baru jumpa doktor buat Echo & timbang berat. Berat 14.2 Kg.

Hasil echo didapati kebocoran diinjap yg dikesan selepas operation semakin membesar. So Naqib kena makan ubat Enalapril 2.5 mg sehari sekali untuk kurangkan sikit jantung bekerja.

Appointment akan datang perlu lebih kerap. 3 bulan.  Tarikh dah ditetapkan 9 Januari 2009.

Pukul 12 ambil ubat di farmasi IJN untuk stok untuk 3 bulan. Lepas tu balik ambik Ibu di sekolah.

Naqiuddin Stop Makan Ubat

Sebelum tu Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh Muslimin & Muslimat.. Jadikanlah Al-Quran petunjuk sepanjang zaman…

Pagi tadi Check Up Naqiuddin untuk kali ke-4 di IJN selepas Operation Disember lepas.. Bacaan ECG dan Echo menurut kata Doktor sudah normal & baik.. Pengambilan ubat pun dah dihentikan.. So tak payah lah ambik ubatiap 2 minggu sekali kat IJN lagi..

Appointment serusnya setahun lagi… Tarikh Ulang Tahun Kelahiranya yang ke-2, 22 September 2006 nanti.

Semoga Naqiuddin semakin sihat ceria sentiasa dan dilindungi oleh Allah yang maha Esa..

Amin.. Alhamdulillah..

Naqiuddin Dah Start Makan Bijirin Untuk Baby

Hari ni.. ehh bukan hari ni.. dah lepas pukul 12. Semalam Naqiuddin tak berapa mau minum susu. Tak tau mengapa. Maybe sebab sebelum ni susu ada campur ubat. Tu yang tak nak makan. Bagi ubat direct pun susah nak makan.

Malam pergi shopping cari susu. Sebab stok susu dah habis. Sambil tu beli nestum sekali.. Ehh.. bukan Nestum.. Tapi Bijirin Dumex (Nestum lak dapat nama) untuk 4 bulan keatas. Maklumle.. staff gomen dapat gaji semalam.

Balik rumah try bagi Naqiuddin makan (walaupun ada 5 hari lagi nak umur 4 bulan). Habis le juga 2-3 sudu baby tu. Kira OK la tu.. makan pun sambil gelak?. Esok lusa pandai le tu makan banyak.

Alhamdulillah.