Cuti CNY ni Naqib dapat balik ke Kampung Ibu di Kedah lagi… Biasa kalau balik Kedah ni Naqib seronok untuk jumpa Amar, sepupu Naqib anak sulung Pak Ngah.
Kali ni Naqib dapat jumpa Amar lagi kat Kampung.. Tapi mungkin kali ni adalah kali terakhir dapat jumpa di Kampung untuk tempoh 3 tahun ni.. Lepas ni Amar akan tinggal di UK.. Pak Ngah nak sambung PhD di Univ of Nottingham hujung bulan 3 ni..
Naqib balik kampung hari Sabtu petang.. tapi sampai kampung hari Ahad 1.33 pagi.. Hari Ahad tengahari kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim.. Tapi Naqib tak mandi Sungai.. Naqia je yang mandi dengan abah.. Sepupu² lain pun mandi dengan ibu & abah masing²…
Maghrib Naqib demam… Isnin & Selasa pun macam tu.. demam datang masa maghrib.. Mungkin cuaca yang terlalu panas.. Isnin kami ke rumah nenek Mak Lang di Merbok…
Semalam lepas maghrib hantar abah ke Penang Airport.. Hujung minggu ni abah akan datang semula ambil kami…
Hari ni Naqib dah tak demam.. tapi Naqia pulak yang demam…