Cuti & Sekolah Semula…

Cuti lama, Minggu ni Naqib mula ke tadika semula untuk kelas 6 tahun.

Cuti sekolah Naqib banyak duduk rumah main dengan adik Naqia & Aqlan. Cuti ni juga Naqib kuat makan.

Raya haji Naqib sambut rumah embah di Sg. Manila Perak. Famili embah buat perhimpunan keluarga. Masa kemuncak majlis tu Naqib ada buat persembahan Nasyid Solatullah, Nasyid yang Naqib nyanyi masa Majlis Penyampaian hadiah lepas.

Awal bulan 12 abah bawa jalan ke Kuantan & Kuala Terengganu. 1st time pergi rumah Pak Dik di Kuantan & jalan2 di Terengganu.

Lepas balik dari pantai timur balik rumah tok di Kedah. Seminggu kami di Kedah. Buat kenduri untuk aqiqah Naqia & Aqlan.

Minggu terakhir sebelum sekolah Naqib balik rumah embah lagi. Naqib jadi orang pertama makan durian rumah embah musim kali ni. Naqib memang suka makan durian.

Isnin lepas Naqib mula ke tadika semula untuk setahun lagi sebelum masuk darjah 1.

Report Card

naqib_permata_ixora_07

Hari ni Ibu datang tadika Naqib, ambik report card Naqib. Math Naqib dapat 100. Sebab tu Ahad lepas Naqib dapat hadiah Terbaik Matematik.

Result periksa Naqib dapat 5A, 2B. Tapi kedudukan dalam kelas dapat no 12..

Ni gambar Naqib pakai jubah..

naqib_permata_ixora_08

Yang ni gambar Naqib dengan kawan2 5 tahun & Cikgu2 Naqib…

naqib_permata_ixora_09

Hari Penyampaian Hadiah Permata Ixora

Hari ini Tadika Naqib adakan Majlis Penyampaian Hadiah & Sijil, Tadika Permata Ixora di Masjid Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tingggi, Sepang Selangor.

naqib_permata_ixora_01
Hari Naqib sertai 3 persembahan, Nasyid Solatullah Salamullah, Nama² binatang dalam bahasa Arab dan cara cuci tangan elakkan H1N1.

naqib_permata_ixora_02

Naqib dapat 1 hadiah hari ni. Pelajar Terbaik Matapelajaran Matematik 5 tahun…

naqib_permata_ixora_03naqib_permata_ixora_04 naqib_permata_ixora_05

naqib_permata_ixora_06

Esok tadika Naqib Cuti…

Naqib ke Sekolah semula…

Naqib balik semula ke Sepang Jumaat lepas setelah sebulan lebih di kampung.. Sampai Cik Ida sambut birthday Naqib untuk kali ke-2…

Hari ni Naqib ke Tadika semula.. semalam Naqib tak nak pergi nangis2.. Tapi hari ni Naqib pergi juga.. disambut dengan senyuman oleh 2 orang cikgu.. 🙂

Cuti Panjang

Semalam mula cuti sekolah, jadi tadika pun cuti seminggu.

Tapi kali ni Naqib cuti panjang. Sampai raya. Naqib balik Kampung Tok Wan kat Kedah. Ibu habiskan pantang kat kampung.

Hari Jumaat lepas, semua buku² Naqib kat sekolah bawa balik. Cikgu  pesan suruh habiskan buku English. Lepas raya bulan 10 ada exam.