Pemeriksaan di IJN Untuk Tahun 2009

boycott-israel

Tiga bulan lepas Naqib buat pemeriksaan di IJN untuk tahun ke-4. Sepatutnya kalau ikut kebiasaannya, pemeriksaan akan diadakan setahun lepas tu (should be Sep 2009).

Disebabkan kebocoran di Injap agak mebesar, Doktor suruh makan ubat enalapril 2.5mg setiap hari selama 3 bulan.

PEMERIKSAAN 9 JANUARI 2009

Jumaat lepas 9 Januari 2009, Naqib pergi check-up. Pergi dengan abah, ibu dan adik Naqia. Abah ambik cuti, Ibu minta kebenaran untuk keluar sekolah. Naqib pun cuti tak pergi tadika.

Dari rumah kira-kira jam 6:45 pagi terus kesekolah Ibu, lepas tu terus ke IJN. On the way ke IJN Naqib pening kepala & muntah².  Sampai IJN kira² 8:15 pagi. Bila dah ke dalam bangunan IJN tu hilang pulak pening kepala Naqib.

Lepas ambil no Q 3006 (No 6) pergi breakfast di Cafe IJN. Lebih kurang 9:20 buat ECG di bilik 63. Lepas ECG ambil berat di bilik 25. Berat Naqib 13.5 kg. Menurun berbanding check-up 3 bulan lepas 14.1 kg.

Lebih kurang pukul 9.50 buat Echo di bilik 26. Kali ni Dr. Mazni yang check. Doktor yang selalu check Naqib masa operation dulu.

Menurut kata Dr. Mazni, kebocoran di injap tu macam biasa. Ada sikit. Ubat pun tak payah ambil lagi.

Next check-up setahun lagi.

Masa check-out, next appointment di tentukan Januari 2010. Tapi tarikh tak confirm lagi. Hujung tahun ni IJN akan hantar surat.

naqib_ijn_appointment_01

BALIK KAMPUNG

Lepas habis semua kira² 10:30 pagi, kami teus bertolak balik Kampung Tok Wan di Padang Serai Kedah. Tok Wan balik haji hari ini. 1 pagi tadi dah sampai Airport Bayan Lepas.

Lebih kurang 5 petang kami sampai di Kampung.

1 petang Ahad 11 Januari 2009 kami bertolak balik ke Sepang. 6:45 ptang kami sampai di Sepang.

Hari Pertama Di Tadika

Tahun 2009 ni Naqib akan mencecah umur 5 tahun.

Hari ni Naqib mula ke Tadika. Abah cuti hari ini. Abah dengan Adik Naqia hantar Naqib je Tadika Permata Ixora, Taman Ixora Bandar Baru Salak Tinggi.

Abah hantar dalam pukul 7:50 pagi. Sampai-sampai cikgu sambut. Mula² OK. Tapi bila nampak ada kawan melalak² muka Naqib terus sebak. Tapi tak menangis kuat. Ikut cikgu je terus naik tingkat atas taska. Tak sempat salam dengan abah.

Kat Tadika cikgu ajar Doa & bagi makan Kek. Cikgu kata Naqib pandai sebab bagitau cikgu bila nak ke bilik air.

permata_ixora01

Pukul 11:30 abah ambil dengan adik Naqia.

Bersiar-siar di KLCC

Semalam Isnin cuti Awal Muharam, abah & ibu bawak Naqib & adik Naqia berjalan² ke KLCC. Kami pergi ke Aquaria. Tengok bermacam-macam spesis Ikan macam jerung, pari, elektric Eel, phirana dan lain-lain spesis haiwan air macam penyu, buaya, katak, tuntung, singa laut dan serangga macam tarantula.

aqua_02

Lepas solat di Masjid As-Syakirin KLCC kami bermain² di taman KLCC.

naqib_klcc01

Minggu lepas kami balik kampung embah sambil hantar embah balik dari Sepang. Embah tidur rumah kami lepas menyambut kepulangan Pak Hanif & Makcik Izah di KLIA balik dari haji 23 Disember lepas.

Cuti Krismas, abah, ibu, Naqib  & adik Naqia pergi Tronoh Seri Iskandar, Perak. Pergi rumah Pak Ngah & Mak Ngah (ayah Amar & Aisyah). Petang tu sebelum balik, kami jalan² di Tasik Universiti Petronas (UTP). Bagi ikan makan.


Melaka Bandaraya Bersejarah

Jumaat – Ahad lepas abah ada Bengkel di Hotel Avillion Legacy Melaka.. Sepanjang abah berbengkel tu Naqib, Naqia dan ibu berkampung je la ka bilik hotel.

Ahad lepas check-out +- pukul 12.30 terus pergi ke Bandar Hilir. Lepas shoping belacan & cencaluk di Heritage gallery Dataran Pahlawan Melaka Megamall, kami semua berjalan² sekitar bandar.

Tengok orang main gasing, pergi A Farmosa, Pergi Istana Kesultanan Melaka, tengok Kereta Tunku Abd Rahman dan lain-lain tempat sekitar sampai pukul 4.00 petang.