Baru balik jenguk Naqiuddin dan ibunya di IJN. Ikut kata nurse tadi, esok naqiuddin akan diambil darah untuk pastikan samada oksigen cukup dalam darah.
Kalau OK, esok naqiuddin akan masuk ke wad tanjung, wad masa dia menunggu hari untuk operation sebulan lepas. Bila dah kembali ke wad asal InsyaALLAh dia akan discharge. Sebab ikut prosedur kat sini, kat mana dia admitted kat situ le dia discharge.
Dikesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada sepupu Naqiuddin, Nor Atina Binti haji Mohd Nasir kerana mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tahniah.