Daily Archives: December 30, 2008

Bersiar-siar di KLCC

Semalam Isnin cuti Awal Muharam, abah & ibu bawak Naqib & adik Naqia berjalan² ke KLCC. Kami pergi ke Aquaria. Tengok bermacam-macam spesis Ikan macam jerung, pari, elektric Eel, phirana dan lain-lain spesis haiwan air macam penyu, buaya, katak, tuntung, singa laut dan serangga macam tarantula.

aqua_02

Lepas solat di Masjid As-Syakirin KLCC kami bermain² di taman KLCC.

naqib_klcc01

Minggu lepas kami balik kampung embah sambil hantar embah balik dari Sepang. Embah tidur rumah kami lepas menyambut kepulangan Pak Hanif & Makcik Izah di KLIA balik dari haji 23 Disember lepas.

Cuti Krismas, abah, ibu, Naqib  & adik Naqia pergi Tronoh Seri Iskandar, Perak. Pergi rumah Pak Ngah & Mak Ngah (ayah Amar & Aisyah). Petang tu sebelum balik, kami jalan² di Tasik Universiti Petronas (UTP). Bagi ikan makan.