Category Archives: Pembedahan

Naqiuddin Dah Nak Meniarap

Memang dah sampai masa untuk meniarap. Perkembangan bayi normal kalau dah 3 bulan memang sepatutnya dah meniarap. Nampaknya naqiuddin pun macam tu. Jenuh tegakkan badan dia, mesti dia mengiring lagi nak meniarap. Tapi terpaksa dihalang le. Takut kesan operation tu jadi sakit.

Tengahari tadi ada timbang berat badan naqiuddin. Banyak juga turunnya. Sebelum operation pertama hari tu berat dia 4.6 Kg. Hari ni turun 4.1 Kg. Mana taknya. Makan susu sikit. Lepaih tu kene ikut time pulak.

Hari ni tak ada ura-ura lagi bila nak balik rumah. Memang kene tunggu habis bekalan ubat antibiotik tu ler. tapi tak tau bile.

Terima Kasih Abang Arif, Kak Hana dan Mak serta ayahnya kerana datang melawat petang tadi.

Semua Jahitan Dah Dicabut

Tengahari ni semua benang jahitan operation yang lepas dah di cabut/buang. Jadi sekarang ni cuma dalam fasa menjaga luka je.

Ikut kata Nurse Rohana tadi, kalau ikutkan dah boleh balik dah Naqiuddin. Tapi pemberian antibiotik tak habis lagi. Ada lagi dalam 2-3 hari. Pagi tadi Dr arab dah suruh tutup oksigen (yang letak kat luar hidung tu). Pun dah ok. Bacaan SpO2 atas 96%. Tapi datang Dr lagi sorang suruh pasang balik pulak. Dia kata antibiotik tak habis bagi lagi. Bila dah habis nanti baru buka oksigen.

Naqiuddin Dah Mampu Tersenyum

Setelah hampir sebulan tak nampak naqiuddin tersenyum (sejak pembedahan BT Shunt 3 Disember), akhirnya hari ni nampak dia tersenyum. Bukan sedikit? tapi banyak kali. Kalau orang bercakap? kat dia mesti dia tersenyum. Dah dapat hisap susu sendiri, seronok le dia 🙂

Petang tadi buat Echo, Alhamdulillah semuanya OK. Sehari dua lagi balik le rumah InsyaAllah.

Dah hisap susu sendiri

Naqiuddin dah dibenarkan hisap susu sendiri guna mulut hari ni. Tak perlu dah guna tiub. Cuma sukatan masih kena ikut sukatan yang ditentukan. Tak boleh ler nak ikut sukatan yang biasa naqiuddin minum. Biasanya sebelum operation dulu naqiuddin minum 120 ml sekali minum. Tapi sekarang kena 60 ml je dan 3 jam sekali,

Darah dah check hari ni. OK. dan saluran darah yang dicucuk kebadannya pun dah dicabut.

Benang jahitan hari tu pun dah dibuka separuh.

Alhamdulillah.

Sebulan dua hari di IJN

Baru balik jenguk Naqiuddin dan ibunya di IJN. Ikut kata nurse tadi, esok naqiuddin akan diambil darah untuk pastikan samada oksigen cukup dalam darah.

Kalau OK, esok naqiuddin akan masuk ke wad tanjung, wad masa dia menunggu hari untuk operation sebulan lepas. Bila dah kembali ke wad asal InsyaALLAh dia akan discharge. Sebab ikut prosedur kat sini, kat mana dia admitted kat situ le dia discharge.

Dikesempatan ini nak ucapkan tahniah kepada sepupu Naqiuddin, Nor Atina Binti haji Mohd Nasir kerana mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR yang lalu. Tahniah.

Naqiuddin Pindah Bilik

Petang ni Naqiuddin pindah bilik lagi. Dah tak duduk dalam bilik HDU (12B-18). Sekarang dia diletakkan di Bilik 20, masih wad melur aras 5 IJN dan bacaan ECG heart rate dan SpO2 masih diambil.

Tadi pembantu Dr Hamdan (Dr dari Myanmar) ada kata. Kalau tak ada apa? masalah, maybe dalam 3,4 hari akan keluar.

Jumpa abah petang ni. Moga kau cepat sembuh anakku. Amin…

RENUNG SEJENAK – Suratan Atau Kebetulan

26 Dis 1932 gempabumi 7.6 Richter di China membunuh 70,000 nyawa.
26 Dis 1939 gempabumi 7.9 Richter di Wilyah Erzincan,Turki membunuh 41,000 nyawa.
26 Dis 1996 ribut Greg di Keningau,Sabah meragut beratus nyawa.
26 Dis 2003 gempabumi 6.5 Richter di Wilayah Bam,Iran membunuh 45,000 nyawa.
26 Dis 2004 gempabumi 9 Richter di Aceh yang menyebabkan Ombak Tsunami membunuh 100,000 nyawa & jumlahnya terus meningkat..

Kenapa kebanyakan 26 Disember ? Apa yang umat manusia lakukan pada tarikh tersebut atau hari sebelumnya yang menyebabkan kemurkaan Allah? Renungkanlah.

Di wad Melur


29 Disember 2004, 7:00 malam Wad Melur 12B-18, Aras 5 IJN

Naqiuddin di wad melur hari ni. Walaupun di wad, segala urusan sama seperti di PICU. Cuma bezanya banyak ibunya yang kena buatkan. Kecuali bagi minum susu guna tiub. Semua bacaan ECG, RR, SpO2 dan sebagainya tetap diambil. Oksigen dibahagian luar hidung pun masih diberi.

Dr cakap maybe naqiuddin lama sikit kat wad. Sebab kahak banyak. Lepas tu paru? ada kesan parut akibat lama sangat pakai saluran bantuan pernafasan.

Masuk Ke Wad Setelah 26 Hari di PICU

Setelah 26 hari naqiuddin tinggal di PICU IJN, akhirnya naqiuddin dimasukkan semula ke wad biasa jam 12 tengahari tadi.

Naqiuddin kini duduk di WAD MELUR, Bilik HDU (High Dependency Unit) 12B, Tingkat 5 IJN bersama-sama ibunya.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. doa.

Genap Sebulan di IJN

Hari ni genaplah sebulan Naqiuddin bermukim di IJN dan telah melalui dua operation (BT Shunt & Arterial switch operation) kerana menghadapi masalah Transposition of great arteries (TGA) .

Esok InsyaALLAH masuk ke wad. Bacaan ECG pun semua dalam keadaan normal dan terbaik. Ambulatory blood pressure (ABP) monitoring 60-70 (normal untuk baby bawah 6 bulan). Heart rate pun 135-140 (juga normal untuk baby bawah 6 bulan). Respiratory Rates (RR) 25-35 (juga normal). SpO2 kekal 100%.

Petang tadi naqiuddin menangis je. Mana tak nye. Kena tipu . Perut lapo tapi dibagi puting nak bagi diam kononnya. Susu kena bagi ikut schedule. Dah keluar sikit? dah suaranya bila menangis. :((.

Esok dijangka Masuk WAD

Alhamdulillah.

Dah tak ada lagi salur-salur yang dipasang di badan Naqiuddin kecuali salur oksigen diluar hidungnya dan salur untuk beri minum/sedut kahak. Plaster yang menutupi kesan operation (Arterial Switch Operation & BT Shunt) dah dibuka. Nampak le kesan jahitan macam jalan keretapi tu.

Heart rate dia sekitar 138-139 (Normal untuk bayi bawah umur 6 bulan). SpO2 pun 100%.

InsyaAllah, ikut kata nurse esok akan keluar dari Pediatrik ICU (PICU) dan naik masuk ke wad. Wad mana tak pasti lagi. Tapi mungkin wad melur. Sebab biasanya baby lepas operation akan naik wad melur.