Tag Archives: IJN

Pemberian Oksigen, Antibiotik Dihentikan

Sebelum tu nak ucapkan tahniah kepada Pak Dik kepada naqiuddin (Adik kamilz http://sidik.org) sebab dah dapat tawaran bertugas di salah sebuah anak syarikat PETRONAS (MTBE/Polypropylene (M) Sdn. Bhd), sebagai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan, di Gebeng Kuantanelah menanti 8 bulan selepas tamat pengajian. Semoga dapat menempuhi alam pekerjaan dengan tabah dan berjaya.

Hari ni saluran oksigen diluar hidung naqiuddin dah dicabut dan pemberian antibiotik dah dihentikan. X-ray dah diambil dan kalau OK hari ni naqiuddin akan dipindahkan ke wad asal di wad Tanjung, Aras 2 IJN menanti masa untuk discharge. Alhamdulillah..

Masa Operation Naqiuddin Dah Hampir Tiba

Pagi hari ni pergi IJN (Institut Jantung Negara) untuk appointment Naqiuddin kali ke-4. Nampaknya Q Naqiuddin untuk di operate dah tiba. Hari Ahad ni jam 11 pagi dah kene register masuk wad IJN untuk jalankan operation “Arterial switch operation”.

Sebelum Operation Potong Saluran Terbalik & Sambungkan

Sebelum Operation — > Potong Saluran Terbalik –> & Sambungkan

Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dan memberikan kejayaan terhadap pembedahan tersebut. Amin.