Perkembangan Yang Semakin Positif

Sebelum waktu melawat tamat jam 8:30 malam tadi sekali lagi pergi jenguk Naqiuddin. Nampaknya perkembangan semakin positif. Heart Rate dah semakin menurun kepada 157-160 per minute. SpO2 pun dah dapat capai sampai 97% dan Suhu masih dalam lingkungan 35 C.

Terima Kasih kepada keluarga Kang IL dan Kak Ipah kerana datang melawat.

Alhamdulillah. Jumpa lagi esok anakku.

Pembedahan Semula Dibatalkan

Alhamdulillah.. Syukur kepada allah. doa.

Naqiuddin tak jadi dioperate semula sebab darah dah boleh melalui saluran yang diletakkan semasa operation pagi tadi. So O2 dia dah dalam range 80-83%. Tadi ada sampai turun ke 47%. Tapi Heart Rate dia masih dalam range 199-200.

Walaupun begitu main operation (Arterial Switch Operation) tetap akan dilakukan nanti apabila jantung naqiuddin dah kuat.

Sekarang Naqiuddin ada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik(PICU) IJN . Nurse-nurse kat sana ler yang jaga. Ibu dia tak boleh jaga dalam PICU. So sekarang ibu dia dah balik rumah. Cuma boleh tengok dia waktu melawat dari jam 10pagi – 2 petang dan 4 petang – 8:30 malam.

Terima kasih kepada yang mendoakan dari dekat dan jauh.

Pembedahan Pertama Selesai

Naqiuddin selesai dibedah dan dimasukkan ke PICU jam 12 th. Tapi cuma jalankan operation untuk kuatkan jantung ([Pulmonary Artery] PA Banding and [Blalock Taussig] BT Shunt On). Switch Operation tak dapat dibuat lagi dan akan dilakukan bila jantung dah kuat.

Kronologi Dari Kelahiran Hingga Hari Pembedahan

22 September 2004:
8:39 am : Ahmad Naqib Naqiuddin Selamat dilahirkan dengan berat 2.45 Kg. Semasa dilahirkan badan Naqiuddin agak biru dan oksigen berkurangan.
10:00 am : Naqiuddin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk bantuan oksigen dan rawatan lanjutan.
12:00 pm : Kamilz (abah Naqiuddin) datang melawat. Baru dapat azankan Naqiuddin waktu ni.

23 September 2004:
Hari ni diberitahu kemungkinan paru-paru Naqiuddin dijangkiti kuman. Pakar akan check. X-ray telah diambil.

24 September 2004:
Petang, semasa perjalanan pulang hantar ibu Naqiuddin Balik ke rumah, dapat panggilan dari HUKM. Dr Bilqis pakar yang check naqiuddin memberitahu setelah melakukan scanning didapati Saluran Artery Naqiuddin terbalik atau dikenali sebagai ” Transposition of the great arteries (TGA)”. Kes ini menyebabkan darah Naqiuddin kekurangan oksigen. Satu procedur untuk besarkan lubang di jantung Naqiuddin perlu dilakukan petang ni juga supaya darah yang kaya oksigen dapat bercampur dengan darah yang kurang oksigen “Balloon Atrial Septostomy”. Dan pembedahan perlu dilakukan di IJN dengan kadar segera. Appointment akan di buat untuk refer ke Institut Jantung Negara (IJN).

Jantung Normal

Jantung Naqiuddin Sebelum Operation

23 September 2004:
Petang, Naqiuddin dah boleh dibawa balik. Surat refer ke IJN pun telah diberi dan perlu datang ke IJN 9:00 pagi 29 September 2004 (Birthday abah Naqiuddin)

29 September 2004:
Bawa Naqiuddin ke IJN. Operation belum boleh dijalankan kerana berat badan tak capai berat minimum 3 Kg. Berat Naqiuddin baru capai 2.6 Kg. Perlu datang IJN seminggu lagi. Dapat tarikh appointment 4 Oktober 2004.

4 Oktober 2004:
Sekali lagi bawa Naqiuddin ke IJN. Berat masih kurang dan perlu tunggu lagi. Berat baru dapat capai 2.7 Kg. Perlu datang semula 14 Oktober 2004.

14 Oktober 2004:
Kali ketiga bawa Naqiuddin ke IJN. Berat badan dah 2.99 Kg. So dah boleh untuk jalankan operation. Nama Naqiuddin dan dimasukkan dalam list menunggu. Perlu datang lagi sebulan lagi (selepas aidilfitri).

26 November 2004:
Datang ke IJN lagi. Berat badan Naqiuddin dah 4.63 kg. Hari ni dapat tarikh untuk masuk ke wad IJN 28 November 2004.

28 November 2004:
Jam 12 tengahari. Naqiuddin masuk ke wad. Ibunya yang menjaga di wad.

2 Disember 2004:
Tarikh pembedahan diketahui dan akan di lakukan esok pagi. Kemungkinan pembedahan utama untuk menterbalikkan artery tidak dapat dijalankan kerana jantung Naqiuddin lemah. Tengok keadaan semasa operation. Jika jantung Naqiuddin kuat pembedahan utama akan dijalankan.

3 Disember 2004:
Jam 8:00 pagi masuk ke bilik operation. Bersambung…

Operation Mungkin 3 Disember

Sebentar tadi, Nurse datang check naqiuddin kat wad. Dia inform mungkin operation akan dijalankan esok. Tapi tak tau specific time :-?. Tapi Dr kata kalau jadi naqiuddin adalah patient pertama untuk operation 3 Disember. Masa pertama biasa dalam 7-10 pagi. Kalau dapat arahan suruh naqiuddin puasa, dah dekat le masa nak operation tu.

Hari ke-4 di IJN

Hari ni dah masuk hari ke-4 Naqiuddin masuk Wad di IJN, sure ibu dia dah bosan sangat kat wad. Sampai hari ni tarikh operation tak decide lagi.

Semalam baru Pakar bedah Dr Hamdan Leman datang check. Dia cuma bagitau, kes macam naqiuddin ni kalau tak buat operation sampai lebihahun boleh bawa maut. Nauzubillah.

Keadaan jantung naqiuddin lemah (atas border line), so kalau buat operation pun kalau still lemah tak boleh nak buat switch operation. So kena letak dulu something kat jantung dia dan jahit semula untuk bagi jantung kuat. Kalau jantung dah kuat, baru buat operation lagi untuk switch arterial.

Pagi ni Dr check. Dia bagi tau jantung lemah dan nak buat pemeriksaan paru-paru naqiuddin. Dr tu kata dah lewat, sepatutnya buat operation dalam masa sebulan selepas lahir sebelum paru-paru kena apa-apa jangkitan. Dr Balqis masa HUKM dulu pun cakap macam tu. Tapi dari umur naqiuddin 7 hari lagi dah bawak dia ke IJN. Tak pulak buat operation sebab berat badan tak cukup.

Umur dia 21 hari bawak lagi ke IJN, masa tu berat badan dia dah cukup 3 kilo. Tapi tak juga buat operation dengan alasan Q penuh dan perlu datang lagi selepas sebulan (26 Nov lepas). Bila datang 26 hb tu barulah diarahkan masuk wad 28 Nov lepas. Tapi sampai hari ni dah 1 Dis, tak ada lagi kata putus bila nak jalankan operation.

Semoga Allah memudahkan segala urusan ini. Aku bersyukur doa atas ujian-MU ini Ya allah. Apunilah segala dosa-dosaku dan keluargaku. Aminnnn doa.

Naqiuddin masuk wad

Naqiuddin checkin ke wad 12A, Tanjung (pediatrik) aras 2, Institut Jantung Negara (IJN) 12 t/hari ini. Esok baru pakar bedah check dan tentukan tarikh operation. Terima kasih emak, bapak, keluarga kakak, keluarga kang ajib, keluarga kang il dan sidik yg mengiringi pendaftaran masuk.

Terima Kasih juga Kak Uyun, Hasan & Husna yang hantar sampai masuk wad. Juga tak lupa kepada adik-beradik yang mendoakan dari jauh.

Kang Ram, thank sebab sudi call dari London malam tadi. Maaf, Handset tertinggal dalam kereta, so tak dapat jawab.