Sebentar tadi, Nurse datang check naqiuddin kat wad. Dia inform mungkin operation akan dijalankan esok. Tapi tak tau specific time :-?. Tapi Dr kata kalau jadi naqiuddin adalah patient pertama untuk operation 3 Disember. Masa pertama biasa dalam 7-10 pagi. Kalau dapat arahan suruh naqiuddin puasa, dah dekat le masa nak operation tu.
Category Archives: Pembedahan
Hari ke-4 di IJN
Hari ni dah masuk hari ke-4 Naqiuddin masuk Wad di IJN, sure ibu dia dah bosan sangat kat wad. Sampai hari ni tarikh operation tak decide lagi.
Semalam baru Pakar bedah Dr Hamdan Leman datang check. Dia cuma bagitau, kes macam naqiuddin ni kalau tak buat operation sampai lebihahun boleh bawa maut. Nauzubillah.
Keadaan jantung naqiuddin lemah (atas border line), so kalau buat operation pun kalau still lemah tak boleh nak buat switch operation. So kena letak dulu something kat jantung dia dan jahit semula untuk bagi jantung kuat. Kalau jantung dah kuat, baru buat operation lagi untuk switch arterial.
Pagi ni Dr check. Dia bagi tau jantung lemah dan nak buat pemeriksaan paru-paru naqiuddin. Dr tu kata dah lewat, sepatutnya buat operation dalam masa sebulan selepas lahir sebelum paru-paru kena apa-apa jangkitan. Dr Balqis masa HUKM dulu pun cakap macam tu. Tapi dari umur naqiuddin 7 hari lagi dah bawak dia ke IJN. Tak pulak buat operation sebab berat badan tak cukup.
Umur dia 21 hari bawak lagi ke IJN, masa tu berat badan dia dah cukup 3 kilo. Tapi tak juga buat operation dengan alasan Q penuh dan perlu datang lagi selepas sebulan (26 Nov lepas). Bila datang 26 hb tu barulah diarahkan masuk wad 28 Nov lepas. Tapi sampai hari ni dah 1 Dis, tak ada lagi kata putus bila nak jalankan operation.
Semoga Allah memudahkan segala urusan ini. Aku bersyukur doa atas ujian-MU ini Ya allah. Apunilah segala dosa-dosaku dan keluargaku. Aminnnn doa.
Naqiuddin masuk wad
Naqiuddin checkin ke wad 12A, Tanjung (pediatrik) aras 2, Institut Jantung Negara (IJN) 12 t/hari ini. Esok baru pakar bedah check dan tentukan tarikh operation. Terima kasih emak, bapak, keluarga kakak, keluarga kang ajib, keluarga kang il dan sidik yg mengiringi pendaftaran masuk.
Terima Kasih juga Kak Uyun, Hasan & Husna yang hantar sampai masuk wad. Juga tak lupa kepada adik-beradik yang mendoakan dari jauh.
Kang Ram, thank sebab sudi call dari London malam tadi. Maaf, Handset tertinggal dalam kereta, so tak dapat jawab.
Semangat Betul Naqiuddin Nak Membesar
Petang semalam lepas kerja, bawak Naqiuddin ke Klinik KITA Pandan Indah. Cadang nak buat suntikan untuk umur dua bulan. Tapi bila bagitahu kat doktor nak operate Ahad ni, suntikan ditangguhkan. Mungkin lepas operate. Takut demam.
Bila timbang berat naqiuddin, amat mengejutkan :o. Dah 4.8 Kg berat dia. Lahir 2 bulan lepas berat dia 2.45 kg je. Bersemangat betul dia nak membesar. Patutle dukung dia sekarang rasa macam dah tak larat je 🙂 . Syukur doa.
Masa Operation Naqiuddin Dah Hampir Tiba
Pagi hari ni pergi IJN (Institut Jantung Negara) untuk appointment Naqiuddin kali ke-4. Nampaknya Q Naqiuddin untuk di operate dah tiba. Hari Ahad ni jam 11 pagi dah kene register masuk wad IJN untuk jalankan operation “Arterial switch operation”.
Sebelum Operation — > Potong Saluran Terbalik –> & Sambungkan
Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dan memberikan kejayaan terhadap pembedahan tersebut. Amin.
Ahmad Naqib Naqiuddin dah 2 bulan
Hari ini, Naqiuddin dah cukup umur dua bulan. So dah kena bawak pergi klinik lagi untuk cucuk. Abah dan ibu dia dua-dua kerje kerajaan, tapi tak ada masa nak pergi klinik kerajaan :-). Klinik swasta la jawabnya :-(. Pergi Klinik KITA Pandan Indah kot malam ni. Insyaallah. Sebab hari tu tengok klinik tu ada service untuk cucuk baby sampai umur 2 tahun.