Category Archives: Pembedahan

Hari Ke 12 di PICU

Ibu naqiuddin baru lepas melawat.

Naqiuddin demam malam semalam. Tapi siang dah OK. Dah jenis demam malam pulak.

Degupan jantung (heart rate) pun dah turun sedikit berbanding semalam (145-155). Oksigen 80% keatas dengan bantuan 75% dari mesin.

Semalam nurse ada cakap, kalau dia OK atau macam tu je perkembangan dia tak ada peningkatan, Arterial Switch Operation mungkin akan terus dibuat.

Hari Ke-11 di PICU & Hari Ke-16 di IJN.

Petang ni Naqiuddin berjaga sepanjang abah dia ada disisi. Nak menyembang kut. Tapi tak boleh sebab mulut masih sumbat dengan salur oksigen. Sampai Naqiuddin tidur baru abah & ibunya balik.

Luka operation dah kering dan plaster pun dah dibuka. Cuma Naqiuddin kejap demam kejap OK.akat 7 malam tadi Naqiuddin sihat. Suhu 36.4 C.

Bantuan oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 75% bantuan. Heart rate dia masih seperti semalam 155-165 per minit. SpO2 pun antara 75-85%.

Moga kau cepat sembuh anakku. Amin Ya Allah.. doa.

Thank kepada kawan Noraini (Kawan lama di ITP UTM – Kak Ina & Rakan) kerana datang melawat.

Tak Tau Bila Nak Masuk Wad Semula

Semalam terakhir lawat Naqiuddin jam 6:30 petang. Masih di PICU. Penat betul semalam. Hari Ahad pun kebanyakan jalan kat KL jem teruk. Semua nak pulun habiskan Open House kot.

Pagi Naqiuddin tak demam, datang petang Naqiuddin demam balik. Suhu 37.6 C. Heart rate dengan Oksigen lebih kurang je dengan hari-hari sebelum tu. Naik turun. Pagi saluran untuk buang darah kotor yang dimasukkan kat bahagian dada dah dibuang. Dia jaga. Baru dia dapat tengok abah dia hari ni. Sebelum ni masa abah dia lawat, tak pernah jaga.

Hari ni Naqiuddin kena x-ray lagi. Ntah berapa juta sel dah mati ntah.

Petang Dr Martin ada tengok X-ray tu. Dia kata tak ada perkembangan dan kuman dalam paru-paru Naqiuddin degil tak nak mati. Udah kata ada kuman pulak. Hari tu Dr lain kata tak ada kuman. Ntah le tak paham..

Suhu turun ke 36.7 C

Petang tadi jenguk Naqiuddin. Dah tak demam. Suhu 36.7 C.

Tapi Heart rate naik sikit. 139-160 per minute. Oksigen pun turun sikit 60-75%.

Hari ni Naqiuddin dimasukkan darah. Entah darah siapa pulak le yang Naqiuddin terima. Darah Naqiuddin jenis B+. Sama macam ibu dia. Abah dia darah jenis A+.

Masuk Minggu Kedua di PICU

Hari ni masuk minggu ke-2 Naqiuddin tinggal di Pediatrik ICU IJN.

Semalam petang pergi jenguk Naqiuddin. Masih demam lagi. Suhu 38 C.

Alhamdulillah, keadaan jantung dia dah semakin kuat. Heart rate sekitar 135-140 per minute. Oksigen masih sekitar 65-85%.

Ikut kata nurse, paru-paru sebelah kiri dah OK. Cuma sebelah kanan ada sikit lagi. Kahak Naqiuddin banyak lagi. Paru-paru memang tak ada jangkitan kuman.

Moga kau cepat sembuh anakku. Aminnn doa.

Naqiuddin Demam Semula

Cukup Seminggu Naqiuddin di Pediatrik ICU.

Jam 10 Pagi. Ibu Naqiuddin datang menjenguk lagi.

Naqiuddin demam lagi 🙁 bermula pagi tadi. Suhu 38.2 C.

Semalam dah Ok. Jam 2 pagi tadi pun Oksigen dapat capai 90%. Dan dua jam lepas Heart Rate below than 150. Tapi dah start demam balik ni Heart rate pun naik balik ler.

Naqiuddin Sah Demam

Ahmad Naqib Naqiuddin
Photo by Ujie.com

Ibu dia dapat tengok tengahari tadi. Masih di PICU. Memang demam rupanya 🙁 . Malam tadi nurse kata ada sampai tahap 38 C suhu dia. Tadi Naqiuddin muntah-muntah. Dia buka mata, mata berair. Menangis agaknya :cry:. Nak keluar suara, mulut sumbat dengan saluran oksigen.

Nurse pinkan sarung tangan yang dipakainya ke tilam. Sebab dia asyik bergerak-gerak angkat tangan dan kaki. Memang tabiat Naqiuddin sebelum operation lagi.

Paru-paru Naqiuddin ada masalah sikit. X-ray warna putih, sepatutnya hitam kalau normal. Tapi bukan jangkitan kuman, mungkin tertelan kahak. Tunggu Dr Hamdan Leman pakar bedah untuk check. Dr paling sibuk di wad pediatrik ni. Kamilz pun tak pernah jumpa lagi.

Naqiuddin Kurang Sihat

Petang Semalam lawat Naqiuddin sampai 7:30 mlm. Macam tak sihat je 🙁 . Suhu 37.3 C. Itu dah macam suhu baby demam.

Heart rate pun naik balik. Sekitar 160-170 per minute. Oksigen pun berkurangan. Hanya dapat capai sekitar 55-65%. Dua tiga kali nurse pump untuk pulihkan semula pernafasan Naqiuddin. Semua yang masuk sama-sama naqiuddin dalam PICU dah keluar masuk wad. Sekarang yang dalam PICU semua orang-orang baru yang baru lepas operate.

Hari sebelum tu heart rate dah turun sampai 139 dan oksigen sekitar 70-80%. Dan tanya nurse masa tu, kahak naqiuddin banyak. So selalu kena sedut. Kahak banyak boleh bawa kesan kepada kesihatan paru-paru dia.

Sebentar tadi ibu dia masuk jenguk Naqiuddin, tapi tak dapat tengok sebab disuruh keluar balik. Nurse-nurse tengah pump pernafasan Naqiuddin.

Kuatkan semangatmu Naqiuddin. Semoga kau cepat sihat. Ya allah, berilah kekuatan dan kesihatan kepada Ahmad Naqib Naqiuddin Bin Ahmad Kamil. Aminnn… doa

Hari Ke-5 di PICU: Heart Rate Semakin Berkurangan

Ibu Naqiuddin baru lepas melawat naqiuddin tadi. Ikut kata ibunya Heart rate dah turun below than 150 per minute. Alhamdulillah.

SpO2 sekitar 80%. Ok lah tu untuk naqiuddin sebab tak buat arterial switch operation lagi.

Lain-lain tak dapat nak diceritakan. Sebab doktor tak ada kat situ. Tanya nurse memang dia tak akan jawab.

Ahmad Naqib Naqiuddin
Photo by Ujie.com

Waktu melawat sesi pagi nak habis, Ibunya pun pergi ke Hospital KL (HKL), sebelah IJN je. Nak buat medical checkup untuk lantikan tetap jawatan gurunya. Lama dah dapat tapi tak terbuat-buat. Sebelum ni mengandungkan si Naqiuddin. So tak boleh buat x-ray.