Category Archives: Famili

Bersiar-siar di KLCC

Semalam Isnin cuti Awal Muharam, abah & ibu bawak Naqib & adik Naqia berjalan² ke KLCC. Kami pergi ke Aquaria. Tengok bermacam-macam spesis Ikan macam jerung, pari, elektric Eel, phirana dan lain-lain spesis haiwan air macam penyu, buaya, katak, tuntung, singa laut dan serangga macam tarantula.

aqua_02

Lepas solat di Masjid As-Syakirin KLCC kami bermain² di taman KLCC.

naqib_klcc01

Minggu lepas kami balik kampung embah sambil hantar embah balik dari Sepang. Embah tidur rumah kami lepas menyambut kepulangan Pak Hanif & Makcik Izah di KLIA balik dari haji 23 Disember lepas.

Cuti Krismas, abah, ibu, Naqib  & adik Naqia pergi Tronoh Seri Iskandar, Perak. Pergi rumah Pak Ngah & Mak Ngah (ayah Amar & Aisyah). Petang tu sebelum balik, kami jalan² di Tasik Universiti Petronas (UTP). Bagi ikan makan.


Kali ketiga ditinggalkan Ibu..

Ini kali ke-3 Naqib ditinggalkan ibu. Kalau ditinggalkan abah dah banyak kali… 😛

Kali pertama masa umur setahun. Ibu kursus di Kelang selama dua minggu.

Kali kedua masa ibu nak bersalinkan adik Naqia tahun lepas. Masa tu abah pun tak ada. Naqib bermalam di Taska.

Kali ini ibu kursus BTN 5 hari dari kelmarin sampai Isnin ni. Tempat kursus tak lah jauh mana. Hanya 5 minit saja dari rumah di Kem KIWA Sepang. Tapi tak boleh balik…