Ibrah Iqra’ | Tanda-tanda ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibrah kali ini diambil daripada kitab al-Tibyan di Adab Hamalatil Quran karangan Imam al-Nawawi Rahimahullah yang dibeli di MPH Bookstore.

Diriwayatkan daripada Zu al-Nun, beliau berkata, “Ada tiga tanda ikhlas:

1)

اسْتِوَاءُ المَدْحِ وَالذُّمِّ مِنَ العَامَةِ

Tidak terpengaruh dengan pujian atau kejian manusia

2)

وَنِسْيَانِ رُؤْيَةِ الْأَعْمَالِ فِي الْأَعْمَالِ

Lupa untuk melihat amalan dalam suatu amalan

3)

وَاقْتِضَاءُ ثَوَابِ الْأَعْمَالِ فِي الآخِرَةِ

Mengharap ganjaran pahala amalan di hari akhirat. “

Ijn Appointment-Kali KE 3@2017

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah lama bersarang dan bersawang..hehe..

Semalam,28 Nov 2017,aku ke IJN untuk appointment bagi kali ke 3 dlm tahun ni..Seperti biasa..rawatan ulangan yang dilakukan seperti ECG..dan lain2.

Kali ni Aqlan kene ikut sebab ibu tiada di rumah,adik Naqia pula ada latihan soft ball di SK KLIA.

Lepas  kene pergi jumpa doktor..Doktor kali ini, Doktor Mazeni Alwi.Pada waktu yang sama,doktor membincangkan tentang rekod CT Scan yang dah dijalankan pada Ogos lalu..

Melangkah ke alam menengah

Bismillahirrahmainrrahim.

Cuti Disemberku penuh dengan temuduga-temuduga sekolah pasca darjah enam. Anataranya adalah Sekolah Menengah Islam Hira’, Sekolah Tinggi Islam as-Sofa dan Sekolah Izzuddin Shah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku lulus temuduga dan mendapat tawaran daripada ketiga-tiga sekolah itu.

Dan pilihan asal aku adalah Sekolah Menengah Islam Hira’, salah satu faktor nya mungkin sebab Hira’ paling awal dapat keputusan, namun pilihan beralih kepada Sekolah Izzuddin Shah.

Pada 11 Jan 2017, secara rasminya aku didaftarkan sebagai murid Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Hasil carian imej untuk sis ipoh

 

 

 

Sambutan Ma’al Hijrah di sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 14/10/2016 Masehi bersamaan 13 Muharram 1438 Hijriah, SK KLIA telah mengadakan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah bagi tahun ini.Pihak sekolah juga telah menjemput Da’i Hidayu untuk memberi kan ceramah. Diselangi nasyid bertajuk Selawat (KAMIL KAFA I RAIHAN) dan Ya Badrotim daripada kumpulan nasyid.

Dalam satu hari…

Bismillahirrahmanirrahim.

image

Pada 8 Mac 2014,kita dengar bahawa kapal terbang MAS 370 hilang sehingga kini. Moga Allah permudahkan urusan dalam pencarian pesawat, serta dilapangkan dada dan urusan ahli keluarga mangsa.

Tarikh yang sama di sebelah malam, setelah berpencak di gelanggang Gayong Ixora, mendapat perkhabaran duka pemergian Embah Lanang yang dikasihi. Moga Allah mengampunkan dosanya dan moga tergolong dalam kalangan orang soleh.

انا لله وانا اليه راجيعون

image

Kembali ke gelanggang pencak

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah setahun meninggalkan Gelanggang Seni Silat Rajawali, diri ini kembali ke gelanggang pencak di Gelanggang Gayong Ixora, setelah gelanggan ini dibuka dan diperkenalkan pada Majlis Aidilfitri Ixora yang lalu. Kali ini, Naqia dan sepupuku Umar dan Muadz turut serta dalam kelas silat.

pssgm logo