Satu Hari Yang Sedih

image

Pada 8 Mac 2014,kita dengar bahawa kapal terbang MAS 370 hilang sehingga kini .Pada hari yang sama,selepas latihan GAYONG ,11.30 pm,saya dengar bahawa embah lanang telah kembali ke rahmatullah

 

ان لله وانا اليه راجيعون

image

Semoga roh Allahyarham Hj Zailani dicucuri rahmat.Doakan kpd MH 370 supaya selamat

Naqib Dapat Adik Lagi.

Alhamdulillah. Minggu lepas Naqib dapat adik baru. Adik lelaki lahir 6 November 2013 di Hospital Putrajaya.

Abah dah daftarkan nama adik Ahmad Afiq Akmal Bin Ahmad Kamil. Akmal, Naqib yg cadangkan kat abah.

afiq

Sekarang Naqib dah ada tiga 0rang adik. Nur Ainun Naqia, Ahmad Aqlan Syamil dan Ahmad Afiq Akmal. Sekarang Naqib yang tolong ibu & abah jaga adik sampai cuti sekolah. Adik Naqia & Aqlan dah ikut Tok balik Kedah sehari sebelum adik lahir.

In sya Allah, hujung minggu ni cuti sekolah & balik Kampung. Rindu kat adik naqia & Aqlan.

naqibnaqiaaqlan

 

Pemeriksaan Susulan di IJN Tahun 2012

Tahun lepas Naqib tak ada pemeriksaan di IJN.. Selasa minggu lepas 27 Mac 2012, sekali lagi Naqib ada appointment di IJN.

Pagi-pagi seperti biasa Naqi bangun, tapi bukan ke sekolah. Tapi ke IJN. Lepas hantar adik Naqia & Aqlan terus hantar ibu ke sekolah, Naqib terus ikut abah ke IJN, berhenti sarapan sekejap di R&R Seri Kembangan Mex Highway.

Sampai IJN dalam 8.40.  Waktu appointment 9.45. Tapi pukul 12.15 baru dipanggil untuk buat ECG dan timbang berat. Berat Naqib 17.4kg & tinggi 112.1 cm. Berat naik 3 kg, tinggi dalam 8.8 cm berbanding 1 setengah tahun lepas.

Lepas ECG & Timbang, baru Doktor panggil untuk buat Echo.. Kali ini Dr Marhisham Che Mood yang periksa.. Tak pernah jumpa sebelum ni..

Alhamdulillah. Ikut kata Dr, perkembangan normal. Kebocoran yang dikesan sebelum ini masih sama. Waktu temujanji akan datang dijarakkan lagi kepada 2 tahun iaitu Mac 2014. Jadi darjah 4 Nanti baru Naqib ke IJN semula.

Selesai 1.20 terus bekejar balik kerumah, sebab Naqib sekolah KAFA petang ni.