Pemeriksaan Susulan di IJN Tahun 2012

Tahun lepas Naqib tak ada pemeriksaan di IJN.. Selasa minggu lepas 27 Mac 2012, sekali lagi Naqib ada appointment di IJN.

Pagi-pagi seperti biasa Naqi bangun, tapi bukan ke sekolah. Tapi ke IJN. Lepas hantar adik Naqia & Aqlan terus hantar ibu ke sekolah, Naqib terus ikut abah ke IJN, berhenti sarapan sekejap di R&R Seri Kembangan Mex Highway.

Sampai IJN dalam 8.40.  Waktu appointment 9.45. Tapi pukul 12.15 baru dipanggil untuk buat ECG dan timbang berat. Berat Naqib 17.4kg & tinggi 112.1 cm. Berat naik 3 kg, tinggi dalam 8.8 cm berbanding 1 setengah tahun lepas.

Lepas ECG & Timbang, baru Doktor panggil untuk buat Echo.. Kali ini Dr Marhisham Che Mood yang periksa.. Tak pernah jumpa sebelum ni..

Alhamdulillah. Ikut kata Dr, perkembangan normal. Kebocoran yang dikesan sebelum ini masih sama. Waktu temujanji akan datang dijarakkan lagi kepada 2 tahun iaitu Mac 2014. Jadi darjah 4 Nanti baru Naqib ke IJN semula.

Selesai 1.20 terus bekejar balik kerumah, sebab Naqib sekolah KAFA petang ni.

  

Tags: , ,

Leave a Reply