Naqiuddin Semakin Stabil

Hari pertama selepas Pembedahan “Arterial Switch”.

Alhamdulillah. Naqiuddin dah semakin stabil. Baru dapat tengok Oksigen Naqiuddin capai tahap 100% dari semalam sampai hari ni. Kalau turun punakat 98-99%. Tapi masih dengan 75-80% bantuan oksigen dari mesin. Heart rate sekitar 135-140. Suhu badan terakhir petang tadi 35.5 C.

Dada Naqiuddin baru dijahit pagi tadielah bengkak-bengkak dibadan dah susut. Biasanya bila dah dijahit, memang dah tak ada masalah InsyaAllah.

Jam 6:30 petang tadi, nurse kata Naqiuddin dah nak cuba-cuba buka mata (dah sedar) tapi nurse bagi ubat tidur supaya naqiuddin tak rasa sakit.

Naqiuddin sekarang duduk di Cot H di PICU IJN. Sebelah tempat lama dia. Sebelum ni di Cot F.

Terima kasih mak ayah (mertua kamilz), tok, adik ipar Zan, Yati & Syafinaz kerana datang melawat hari ini. Jam 1 petang tadi baru boleh melawat. Semalam mereka tunggu kalau-kalau boleh lawat lepas operation. Tapi urusan tak selesai lagi. Mak abah Naqiuddin pun dapat jenguk sekejap pada masa-masa kecederaan (Waktu melawat dah nak abis).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *