Check-Up IJN Ramadhan 1431 – Alhamdulillah.. Perkembangan Baik..

Hari ni tiba lagi masa untuk buat pemeriksaan di Institut Jantung Negara IJN..

Pukul 9.30 bertolak dari rumah, sampai IJN +- 10.30 pagi. Appointment 11.35 pagi.

Lepas daftar dapat no Q  9070 di bilik 907… (Tapi tak masuk pun bilik ni sampai ke sudah)

Prosedur biasa masa checkup, Naqib ambil berat dan tinggi (14.4 kg & 103.3 cm). Berat kurang sikit sebab puasa kot..

Lepas tu buat ECG.. pukul 11. selesai ECG.. tunggu untuk jumpa doktor..

Hari ni lambat pula..  10 minit lagi 1.00 petang.. baru kena panggil (no Q tak sampai lagi)… bilik lain… sebab dah lewat sangat..

Macam biasa Dr. buat Echo.. Dr kata Naqib Spesial.. sebab walau ada kebocoran dekat sambungan saluran (sejak lepas operate lagi) tapi perkembangan dan perjalanan jantung normal..

Tanya juga Dr. Tahun depan sekolah boleh ke Naqib bersukan… Dr. kata tak ada masalah.. Alhamdulillah…

Tempoh untuk next appointment pun dijarakkan lagi.. Bila Naqib Darjah 2 nanti.. Mac 2012.. tapi tarikh belum confirm..

Penat tunggu… tu muka pun tak berapa nak ceria..

2 Responses to “Check-Up IJN Ramadhan 1431 – Alhamdulillah.. Perkembangan Baik..”

  1. Mak Ngah says:

    Alhamdulillah,semoga Naqid terus sembuh,yang penting naqib jaga kesihatan,emak dan abah kena selalu doa. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

  2. ckLah says:

    Ceria selalu ya Naqib…..! (dan abah ibunya juga!)

Leave a Reply