Pembedahan

Pembendahan

Jumaat bertemu Jumaat. melangkah satu Jumaat

Apa yang di repekkan tu. Naqiuddin menjalankan pembedahan pertama Jumaat 3 Disember 2004. Dan akan menjalankan pembedahan utama “Arterial Switch Operation” Esok Jumaat 17 Disember 2004 selepas dua minggu berlalu (melangkau satu Jumaat).

Pembedahan akan dijalankan sebagai Kes Pertama Dr Hamdan esok pagi. Keadaan Naqiuddin dah OK cuma paru-paru ada sedikit jangkitan yang mungkin dapat semasa pembedahan “BT Shunt On” yang lalu.

Dr Hamdan nak tunaikan Haji Januari ni, so pembedahan perlu dilakukan sebelum beliau pergi . Kalau tunggu dia balik, dikuatiri akan banyak lagi masalah lain yang timbul.

Terima Kasih Keluarga Kak Shimah dan Sidik yang datang melawat hari ini (dan masih di IJN ketika ini)

Semoga pembedahan yang dijalankan di Penghulu Segala Hari ini akan diberikan kejayaan oleh Allah S.W.T.

Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah segala dosaku, kedua ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah urusan pembedahan jantung yang akan dijalankan ke atas zuriat sulungku Ahmad Naqib Naqiuddin Bin Ahmad Kamil yang dijangka dijalankan esok hari. Berilah kejayaan terhadap pembedahan tersebut Ya Allah.

Semoga Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Segala puji hanya untuk Allah, TUHAN semesta alam. Amin.. Amin. Amin… YaRabbalalamin

One Comment

  • P-nut

    Mudah-mudahan anak saudara akan selamat menjalani pembedahan..aminnn…kalau tidak keberatan, bolehlah emailkan saya wad di IJN di mana anak saudara di tempatkan kalau ada kelapangan Insya-ALlah saya dan suami ingin berziarah, Melawat orang yang sakit moga menambah keberkatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *