Pembedahan

PICU – Hari ke-13

Sepanjang petang semalam hingga petang tadi, suhu tertinggi hanya 37.3 C iaitu jam 10 malam semalam. Jadi Naqiuddin dah tak demam.

Cuma jam 11 pagi tadi agak kecoh sikit. Degupan jantung (Heart rate) Naqiuddin menjunam turun sampai 40 degupan per minit. Berkerumun semua nurse dalam PICU tu ke Naqiuddin. Degupan jantung bagi manusia dewasa normal kalau tak silap 70-80 per minit. Dan bagi baby biasanya lebih 100 dan tak boleh lebih dari 215.

Sebelum abah dan ibu tinggalkan dia tadi keadaan dah OK. Heart rate below 150, Oksigen 80% dengan 65% bantuan mesin dan suhu 36.2 C.

Terima kasih Kak Ina (ITP-UTM) dan rakan? yang datang melawat untuk kali kedua hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *