Pembedahan

Naqiuddin Sah Demam

Ahmad Naqib Naqiuddin
Photo by Ujie.com

Ibu dia dapat tengok tengahari tadi. Masih di PICU. Memang demam rupanya 🙁 . Malam tadi nurse kata ada sampai tahap 38 C suhu dia. Tadi Naqiuddin muntah-muntah. Dia buka mata, mata berair. Menangis agaknya :cry:. Nak keluar suara, mulut sumbat dengan saluran oksigen.

Nurse pinkan sarung tangan yang dipakainya ke tilam. Sebab dia asyik bergerak-gerak angkat tangan dan kaki. Memang tabiat Naqiuddin sebelum operation lagi.

Paru-paru Naqiuddin ada masalah sikit. X-ray warna putih, sepatutnya hitam kalau normal. Tapi bukan jangkitan kuman, mungkin tertelan kahak. Tunggu Dr Hamdan Leman pakar bedah untuk check. Dr paling sibuk di wad pediatrik ni. Kamilz pun tak pernah jumpa lagi.

One Comment

  • Najib

    Buat kamil berdua, tabahkan hati dan kuatkan semangat. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya buat anda berdua dan ponaanku Naqiuddin . Semoga semuanya di Mudahkan Allah atas segala Urusan.
    Semoga Sentiasa Tabah atas apa yang dilalui.
    Kami sekeluarga anya dapat mendoakan dari jauh agar semuanya selamat dan berakhir dengan kejayaan. AMIN…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *