Pembedahan

Hari ke-4 di IJN

Hari ni dah masuk hari ke-4 Naqiuddin masuk Wad di IJN, sure ibu dia dah bosan sangat kat wad. Sampai hari ni tarikh operation tak decide lagi.

Semalam baru Pakar bedah Dr Hamdan Leman datang check. Dia cuma bagitau, kes macam naqiuddin ni kalau tak buat operation sampai lebihahun boleh bawa maut. Nauzubillah.

Keadaan jantung naqiuddin lemah (atas border line), so kalau buat operation pun kalau still lemah tak boleh nak buat switch operation. So kena letak dulu something kat jantung dia dan jahit semula untuk bagi jantung kuat. Kalau jantung dah kuat, baru buat operation lagi untuk switch arterial.

Pagi ni Dr check. Dia bagi tau jantung lemah dan nak buat pemeriksaan paru-paru naqiuddin. Dr tu kata dah lewat, sepatutnya buat operation dalam masa sebulan selepas lahir sebelum paru-paru kena apa-apa jangkitan. Dr Balqis masa HUKM dulu pun cakap macam tu. Tapi dari umur naqiuddin 7 hari lagi dah bawak dia ke IJN. Tak pulak buat operation sebab berat badan tak cukup.

Umur dia 21 hari bawak lagi ke IJN, masa tu berat badan dia dah cukup 3 kilo. Tapi tak juga buat operation dengan alasan Q penuh dan perlu datang lagi selepas sebulan (26 Nov lepas). Bila datang 26 hb tu barulah diarahkan masuk wad 28 Nov lepas. Tapi sampai hari ni dah 1 Dis, tak ada lagi kata putus bila nak jalankan operation.

Semoga Allah memudahkan segala urusan ini. Aku bersyukur doa atas ujian-MU ini Ya allah. Apunilah segala dosa-dosaku dan keluargaku. Aminnnn doa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *