Category Archives: Followup

Follow-up Ke-2 Selepas Operation

Hari ni Naqiuddin sekali lagi buat follow-up kat IJN. Buat ECG dan Echo.

Berdasarkan pemerhatian Echo, paru-paru dah normal. So Dr Hasry cakap boleh hentikan 1 jenis ubat (Viagra). Tapi 2 lagi jenis ubat diteruskan dan satu daripadanya ditambah dos. Ada sikit kebocoran pada sambungan. So ubat-ubat tu diharap dapat membesarkan dan menutup kebocoran berkenaan. Moga Allah menyembuhkan kebocoran tu.

Next appointment 6 bulan lagi. 21 Oktober 2005. Masa tu bulan puasa. Naqiuddin pun dah setahun lebih umurnya masa tu.

Hari Lahir Ke 5 Bulan

Genap 5 bulan umur Naqiuddin. Hari ni pergi check up ke IJN selepas 1 bulan 1/2 check out dari IJN. Jumpa Dr Hamdan Pakar Bedah Naqiuddin. Alhamdulillah Dr Hamdan (baru balik Haji minggu lepas) kata OK. Dos ubat pun dah dikurangkan. Mungkin akan diberhentikan bila dah 6 bulan (after operation). Next Appointment 13 April follow up ke Dr Haifa.

Malam Naqiuddin buat suntikan pelalian (imunisasi) Hepatitis B utk kali ke-3 kat Klinik Kita Pandan Indah. Next appointment 13 Mac.