Daily Archives: January 2, 2005

Naqiuddin Dah Nak Meniarap

Memang dah sampai masa untuk meniarap. Perkembangan bayi normal kalau dah 3 bulan memang sepatutnya dah meniarap. Nampaknya naqiuddin pun macam tu. Jenuh tegakkan badan dia, mesti dia mengiring lagi nak meniarap. Tapi terpaksa dihalang le. Takut kesan operation tu jadi sakit.

Tengahari tadi ada timbang berat badan naqiuddin. Banyak juga turunnya. Sebelum operation pertama hari tu berat dia 4.6 Kg. Hari ni turun 4.1 Kg. Mana taknya. Makan susu sikit. Lepaih tu kene ikut time pulak.

Hari ni tak ada ura-ura lagi bila nak balik rumah. Memang kene tunggu habis bekalan ubat antibiotik tu ler. tapi tak tau bile.

Terima Kasih Abang Arif, Kak Hana dan Mak serta ayahnya kerana datang melawat petang tadi.