Tag Archives: sekolah

2 Minggu Naqib Sekolah – Tamat Orientasi

Hari ni Naqib dah mula belajar di Sekolah Kebangsaan KLIA, Sepang. Dua minggu sebelum ni orientasi belum belajar.

Semasa daftar Naqib diletakkan dalam kelas sementara Tahun 1 Airbus.

Seminggu selepas sekolah (Isnin lepas) Naqib dipindahkan ke kelas Tahun 1 Boeing. Semuanya ada 5 kelas. Lain-lain kelas Cessna, Dakota dan Eagle. Semua adalah nama-nama aircraft atau kapal terbang.

KAFA

Untuk sekolah agama pulak Naqib sekolah di KAFA Integrasi An-Nur. Tapi di SK Bandar Baru Salak Tinggi. Sama dengan abang Yasin anak Cik Da… Di SK KLIA pun ada KAFA Integrasi. Tapi Naqib tak sekolah di sana.

Di KAFA hari pertama Naqib dah mula belajar… Naqib masuk Kelas 1 Abu Hurairah..


Naqib ke Sekolah semula…

Naqib balik semula ke Sepang Jumaat lepas setelah sebulan lebih di kampung.. Sampai Cik Ida sambut birthday Naqib untuk kali ke-2…

Hari ni Naqib ke Tadika semula.. semalam Naqib tak nak pergi nangis2.. Tapi hari ni Naqib pergi juga.. disambut dengan senyuman oleh 2 orang cikgu.. 🙂