Tag Archives: Quran

Math Naqib 100% lagi.. Periksa Akhir 6 Tahun

Minggu ni Naqib dapat keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 (6 tahun) Tadika Permata Ixora.

Macam tahun lepas, Subjek Matematik Naqib dapat 100% lagi. Kali ni ada 1 lagi subjek yang dapat 100%. Bahasa Arab Naqib pun dapat 100% juga. Kalau Tahun lepas kedudukan dalam kelas dapat no 12/26,  kali ni Naqib dapat no 3/22. (RESULT TAHUN LEPAS DI SINI)

Semua subjek dapat A, kecuali Seni dapat C… tak seni macam abah dulu… hehehe..

Tengok cita-cita Naqib..Ahli Bomba.. tak tau la mana dapat idea nak jadi ahli bomba tu…. (Abah masa sekolah rendah cita-cita dia Doktor, Cikgu & Polis… satu pun tak jadi.. hehe)

NAQIB DAH START BACA QURAN.

Start rabu 27 Okt lepas juga Naqib dah start baca Quran surah al-Baqarah. Abah & Ibu ajar kat rumah.

Naqiuddin Stop Makan Ubat

Sebelum tu Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh Muslimin & Muslimat.. Jadikanlah Al-Quran petunjuk sepanjang zaman…

Pagi tadi Check Up Naqiuddin untuk kali ke-4 di IJN selepas Operation Disember lepas.. Bacaan ECG dan Echo menurut kata Doktor sudah normal & baik.. Pengambilan ubat pun dah dihentikan.. So tak payah lah ambik ubatiap 2 minggu sekali kat IJN lagi..

Appointment serusnya setahun lagi… Tarikh Ulang Tahun Kelahiranya yang ke-2, 22 September 2006 nanti.

Semoga Naqiuddin semakin sihat ceria sentiasa dan dilindungi oleh Allah yang maha Esa..

Amin.. Alhamdulillah..