Tag Archives: Followup

Ijn Appointment-Kali KE 3@2017

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah lama bersarang dan bersawang..hehe..

Semalam,28 Nov 2017,aku ke IJN untuk appointment bagi kali ke 3 dlm tahun ni..Seperti biasa..rawatan ulangan yang dilakukan seperti ECG..dan lain2.

Kali ni Aqlan kene ikut sebab ibu tiada di rumah,adik Naqia pula ada latihan soft ball di SK KLIA.

Lepas  kene pergi jumpa doktor..Doktor kali ini, Doktor Mazeni Alwi.Pada waktu yang sama,doktor membincangkan tentang rekod CT Scan yang dah dijalankan pada Ogos lalu..

Result CT Scan

Birthday Naqib Naqiuddin di IJN & Ta’al Ya-Ramadhan

Hari ini hari ulang tahun kelahiran ke-2, Ahmad Naqib Naqiuddin.

Hari ni bawak Naqiuddin ke IJN untuk checkup perkembangan jantung.

Alhamdulillah, pembesaran jantung normal. Tiada masalah. Cuma kebocoran sikit yg dah dikesanahun lepas.

Next Checkupahun lagi. 21 September 2007.

Buat Umat Islam seluruh dunia, kamilz.com ucapkan Selamat Menempuhi Ibadah Ramadhan. Moga segala amalan diterima & dilipatgandakan Allah S.W.T.

Naqiuddin Stop Makan Ubat

Sebelum tu Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh Muslimin & Muslimat.. Jadikanlah Al-Quran petunjuk sepanjang zaman…

Pagi tadi Check Up Naqiuddin untuk kali ke-4 di IJN selepas Operation Disember lepas.. Bacaan ECG dan Echo menurut kata Doktor sudah normal & baik.. Pengambilan ubat pun dah dihentikan.. So tak payah lah ambik ubatiap 2 minggu sekali kat IJN lagi..

Appointment serusnya setahun lagi… Tarikh Ulang Tahun Kelahiranya yang ke-2, 22 September 2006 nanti.

Semoga Naqiuddin semakin sihat ceria sentiasa dan dilindungi oleh Allah yang maha Esa..

Amin.. Alhamdulillah..

Follow-up Ke-2 Selepas Operation

Hari ni Naqiuddin sekali lagi buat follow-up kat IJN. Buat ECG dan Echo.

Berdasarkan pemerhatian Echo, paru-paru dah normal. So Dr Hasry cakap boleh hentikan 1 jenis ubat (Viagra). Tapi 2 lagi jenis ubat diteruskan dan satu daripadanya ditambah dos. Ada sikit kebocoran pada sambungan. So ubat-ubat tu diharap dapat membesarkan dan menutup kebocoran berkenaan. Moga Allah menyembuhkan kebocoran tu.

Next appointment 6 bulan lagi. 21 Oktober 2005. Masa tu bulan puasa. Naqiuddin pun dah setahun lebih umurnya masa tu.

Hari Lahir Ke 5 Bulan

Genap 5 bulan umur Naqiuddin. Hari ni pergi check up ke IJN selepas 1 bulan 1/2 check out dari IJN. Jumpa Dr Hamdan Pakar Bedah Naqiuddin. Alhamdulillah Dr Hamdan (baru balik Haji minggu lepas) kata OK. Dos ubat pun dah dikurangkan. Mungkin akan diberhentikan bila dah 6 bulan (after operation). Next Appointment 13 April follow up ke Dr Haifa.

Malam Naqiuddin buat suntikan pelalian (imunisasi) Hepatitis B utk kali ke-3 kat Klinik Kita Pandan Indah. Next appointment 13 Mac.