Berita Minggu Curi Gambar Naqib

Gambar asal ni telah diambil tanpa izin dari posting sebelum ini https://naqib.net/?p=91.

Diharap pihak Berita Harian/Minggu tidak mengulangi kesilapan anda ini.. Sebagai syarikat penerbitan, sepatutnya telah sedia mengetahui etika penerbitan.

Pengambilan karya orang lain tanpa izin adalah satu kesalahan.

Walaupun begitu, Naqib ucapkan terima kasih kerana menggunakan gambar ini bagi perkara yang baik.

Gambar asal

2 Minggu Naqib Sekolah – Tamat Orientasi

Hari ni Naqib dah mula belajar di Sekolah Kebangsaan KLIA, Sepang. Dua minggu sebelum ni orientasi belum belajar.

Semasa daftar Naqib diletakkan dalam kelas sementara Tahun 1 Airbus.

Seminggu selepas sekolah (Isnin lepas) Naqib dipindahkan ke kelas Tahun 1 Boeing. Semuanya ada 5 kelas. Lain-lain kelas Cessna, Dakota dan Eagle. Semua adalah nama-nama aircraft atau kapal terbang.

KAFA

Untuk sekolah agama pulak Naqib sekolah di KAFA Integrasi An-Nur. Tapi di SK Bandar Baru Salak Tinggi. Sama dengan abang Yasin anak Cik Da… Di SK KLIA pun ada KAFA Integrasi. Tapi Naqib tak sekolah di sana.

Di KAFA hari pertama Naqib dah mula belajar… Naqib masuk Kelas 1 Abu Hurairah..


Math Naqib 100% lagi.. Periksa Akhir 6 Tahun

Minggu ni Naqib dapat keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 (6 tahun) Tadika Permata Ixora.

Macam tahun lepas, Subjek Matematik Naqib dapat 100% lagi. Kali ni ada 1 lagi subjek yang dapat 100%. Bahasa Arab Naqib pun dapat 100% juga. Kalau Tahun lepas kedudukan dalam kelas dapat no 12/26,  kali ni Naqib dapat no 3/22. (RESULT TAHUN LEPAS DI SINI)

Semua subjek dapat A, kecuali Seni dapat C… tak seni macam abah dulu… hehehe..

Tengok cita-cita Naqib..Ahli Bomba.. tak tau la mana dapat idea nak jadi ahli bomba tu…. (Abah masa sekolah rendah cita-cita dia Doktor, Cikgu & Polis… satu pun tak jadi.. hehe)

NAQIB DAH START BACA QURAN.

Start rabu 27 Okt lepas juga Naqib dah start baca Quran surah al-Baqarah. Abah & Ibu ajar kat rumah.

Check-Up IJN Ramadhan 1431 – Alhamdulillah.. Perkembangan Baik..

Hari ni tiba lagi masa untuk buat pemeriksaan di Institut Jantung Negara IJN..

Pukul 9.30 bertolak dari rumah, sampai IJN +- 10.30 pagi. Appointment 11.35 pagi.

Lepas daftar dapat no Q  9070 di bilik 907… (Tapi tak masuk pun bilik ni sampai ke sudah)

Prosedur biasa masa checkup, Naqib ambil berat dan tinggi (14.4 kg & 103.3 cm). Berat kurang sikit sebab puasa kot..

Lepas tu buat ECG.. pukul 11. selesai ECG.. tunggu untuk jumpa doktor..

Hari ni lambat pula..  10 minit lagi 1.00 petang.. baru kena panggil (no Q tak sampai lagi)… bilik lain… sebab dah lewat sangat..

Macam biasa Dr. buat Echo.. Dr kata Naqib Spesial.. sebab walau ada kebocoran dekat sambungan saluran (sejak lepas operate lagi) tapi perkembangan dan perjalanan jantung normal..

Tanya juga Dr. Tahun depan sekolah boleh ke Naqib bersukan… Dr. kata tak ada masalah.. Alhamdulillah…

Tempoh untuk next appointment pun dijarakkan lagi.. Bila Naqib Darjah 2 nanti.. Mac 2012.. tapi tarikh belum confirm..

Penat tunggu… tu muka pun tak berapa nak ceria..