Pembedahan

Esok dijangka Masuk WAD

Alhamdulillah.

Dah tak ada lagi salur-salur yang dipasang di badan Naqiuddin kecuali salur oksigen diluar hidungnya dan salur untuk beri minum/sedut kahak. Plaster yang menutupi kesan operation (Arterial Switch Operation & BT Shunt) dah dibuka. Nampak le kesan jahitan macam jalan keretapi tu.

Heart rate dia sekitar 138-139 (Normal untuk bayi bawah umur 6 bulan). SpO2 pun 100%.

InsyaAllah, ikut kata nurse esok akan keluar dari Pediatrik ICU (PICU) dan naik masuk ke wad. Wad mana tak pasti lagi. Tapi mungkin wad melur. Sebab biasanya baby lepas operation akan naik wad melur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *