Hari Ke-2 Selepas Pembedahan Ke-2

Mula-mula nak ucapkan tahniah kepada Bonda Hajjah Supiatun Binti Sidek, Embah Wedok (Nenek) kepada Naqiuddin kerana menerima anugerah Ibu Mithali Daerah Hilir Perak yang diterima di Sek. Men. Seri Perak Teluk Intan petang tadi. Kami bangga menjadi anak menantu & cucu dan bagi kami bonda sentiasa menjadi ibu mithali dari dahulu sampai bila-bila. Untuk mengenali Bonda Hajah Supiatun, boleh ke http://hjzailani.net

Hari kedua selepas “Arterial Switch Operation”. Naqiuddin dah mula diberikan susu hari ini (guna tiub) dan bengkak-bengkak di muka, badan, tangan dan kaki pun dah semakin susut.

Banyak kali dia sedar hari ni. Dr pun pelik. Punya la banyak ubat nurse? bagi, Naqiuddin nak jaga juga. Dah tak sabar agaknya dia nak sihat. Dah ler dia yang paling sihat (berisi) kat PICU ni. Nurse? kat situ pun geram tengok dia. Sebab, biasanya (semua) baby yang ada masalah jantung kat PICU IJN tu semuanya kurang berisi.

Bantuan oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 50%. Dan Oksigen Naqiuddin kekal 100%. Degupan jantung (heart rate) masih seperti semalam. 135-140 per minit.

Terima Kasih kepada Yob Saniz dan Isteri serta anak kerana datang melawat hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *