Bersiar-siar di KLCC

Semalam Isnin cuti Awal Muharam, abah & ibu bawak Naqib & adik Naqia berjalan² ke KLCC. Kami pergi ke Aquaria. Tengok bermacam-macam spesis Ikan macam jerung, pari, elektric Eel, phirana dan lain-lain spesis haiwan air macam penyu, buaya, katak, tuntung, singa laut dan serangga macam tarantula.

aqua_02

Lepas solat di Masjid As-Syakirin KLCC kami bermain² di taman KLCC.

naqib_klcc01

Minggu lepas kami balik kampung embah sambil hantar embah balik dari Sepang. Embah tidur rumah kami lepas menyambut kepulangan Pak Hanif & Makcik Izah di KLIA balik dari haji 23 Disember lepas.

Cuti Krismas, abah, ibu, Naqib  & adik Naqia pergi Tronoh Seri Iskandar, Perak. Pergi rumah Pak Ngah & Mak Ngah (ayah Amar & Aisyah). Petang tu sebelum balik, kami jalan² di Tasik Universiti Petronas (UTP). Bagi ikan makan.


2 Responses to “Bersiar-siar di KLCC”

  1. ckLah says:

    Naqib….orang yang mula-mula bawa ckLah menjejakkan kaki ke KLCC tu abah kaulah..Dia juga orang yang mengajar ckLah macam mana nak naik LRT…he..he..

    ckLah rasa bulan depan Naqib ada rawatan susulan di IJN ye. ckLah harap semua OK. ckLah tengok Naqib kurus sikitlah sekarang. Jangan banyak nangis ye….

  2. naqib says:

    Naqib kurus sikit.. sebab naqib susah nak makan nasi.. Bila Ibu dengan abah paksa baru nak makan.. tapi tak banyak..

    Tapi minum milo (Dumex Dugro perasa coklat) kuat..

    Naqib Checkup IJN 9 Januari 2009 ni.. Sama tarikh balik Tok Wan dari Mekah. Tapi mungkin Naqib tak boleh balik, sebab abah kena pergi kursus kat Genting 10-12 Januari 2009.

    Harap² lepas checkup tu tak perlu makan ubat lagi..

Leave a Reply