Monthly Archives: January 2010

Cuti & Sekolah Semula…

Cuti lama, Minggu ni Naqib mula ke tadika semula untuk kelas 6 tahun.

Cuti sekolah Naqib banyak duduk rumah main dengan adik Naqia & Aqlan. Cuti ni juga Naqib kuat makan.

Raya haji Naqib sambut rumah embah di Sg. Manila Perak. Famili embah buat perhimpunan keluarga. Masa kemuncak majlis tu Naqib ada buat persembahan Nasyid Solatullah, Nasyid yang Naqib nyanyi masa Majlis Penyampaian hadiah lepas.

Awal bulan 12 abah bawa jalan ke Kuantan & Kuala Terengganu. 1st time pergi rumah Pak Dik di Kuantan & jalan2 di Terengganu.

Lepas balik dari pantai timur balik rumah tok di Kedah. Seminggu kami di Kedah. Buat kenduri untuk aqiqah Naqia & Aqlan.

Minggu terakhir sebelum sekolah Naqib balik rumah embah lagi. Naqib jadi orang pertama makan durian rumah embah musim kali ni. Naqib memang suka makan durian.

Isnin lepas Naqib mula ke tadika semula untuk setahun lagi sebelum masuk darjah 1.