Daily Archives: September 12, 2008

Pemeriksaan Tahun Ke-4 di IJN

Hari ini Naqib buat pemeriksaan lagi di IJN selepas operation TGA 17 Dis 2004.

Selepas abah & ibu sahur, hantar adik Naqia pergi taska & ibu ke Sekolah, Naqib dgn Abah terus ke IJN. Sampai +- 8:15 a.m.  Naqib breakfast roti canai di cafe IJN.

Pukul 9 buat ECG. 11 pagi baru jumpa doktor buat Echo & timbang berat. Berat 14.2 Kg.

Hasil echo didapati kebocoran diinjap yg dikesan selepas operation semakin membesar. So Naqib kena makan ubat Enalapril 2.5 mg sehari sekali untuk kurangkan sikit jantung bekerja.

Appointment akan datang perlu lebih kerap. 3 bulan.  Tarikh dah ditetapkan 9 Januari 2009.

Pukul 12 ambil ubat di farmasi IJN untuk stok untuk 3 bulan. Lepas tu balik ambik Ibu di sekolah.