Daily Archives: December 24, 2004

Seminggu Selepas Pembedahan ke-2

Ada sedikit kesilapan cerita tengahari tadi. Naqiuddin belum bernafas menggunakan udara persekitaran biasa lagi. Almaklumlah, tak datang tengok lagi. Cuma dapat info dari SMS ibunya. Selepas buka kotak kaca, dia masih guna salur oksigen. Tapi dekat hidung.

Tapi bila dia pakai kat hidung, SpO2 asyik turun je. Kadang? sampai bawah 50%, kadang? atas 90%. Mungkin belum biasa bernafas guna hidung.

Moga esok naqiuddin semakin OK. Petang tadi Embah lanang dan wedoknye (tok dan nenek) serta pak dek nye datang melawat. Sekarang mereka ada di rumah kami.

Kotak Kaca Dah Dibuang

Naqiuddin dah bernafas menggunakan oksigen persekitaran udara biasa.

Kotak kaca yang menutupi kepalanya semalam dah dicabut. kalau macam ni gayanya, Esok atau lusa masuk wad dah le kot.

Pak Ngah dia yang nak bernikah Januari ni dan kawan? dia datang melawat sebentar tadi. TQ. Petang ni maybe Embah Lanang dan Wedok (Tok dan nenek) dan Pak Dek nye pulak datang melawat kot. Kalau tak hari ni Ahad kot. Sebab hari ni mereka nak memulakan perjalanan ke Batu Pahat Johor. Kenduri sepupu kahwin.