Daily Archives: December 21, 2004

hari ke-4 lepas operation ke-2

Hari ni dan semalam Kamilz dah start connect internet guna Jaring Wireless Broadband dari rumah. So boleh le buat kerje laju sikit 🙂 Package ni ada pulak my015 Wireless Phone. Boleh call mana? seluruh Malaysia 10 sen seminit (Kalau nak call free kena la tambah bayaran sebulan RM 50 lagi :)). Dan call oversea dari 10 sen seminit.

Hari ni keadaan Naqiuddin bertambah baik. Dah banyak wayar? yang melekat kat badan dia dah dicabut. Bantuan Oksigen dari mesin pun dah dikurangkan kepada 45-50%.

Ubat yang dimasukkan ke badan Naqiuddin pun dah dikurangkan kepada 6 jenis berbanding 7 jenis semalam.

Hari ni abah Naqiuddin yang demam. Tapi petang tadi makan paracetamol dua bijik alhamdulillah, sekarang dah OK rasanya.

Lawatan Hari ke-3 Selepas Operation

Semalam waktu melawat Dr Hamdan Leman pakar bedah ada di PICU. Dr kata perkembangan Naqiuddin bagus. Bantuan Gas Nitrogen pun dah dicabut. Tapi oksigen belum dicabut lagi.

Nampak kurus pulak Naqiuddin semalam. Muka dan lengan nampak kurus. Tak tau lah sama ada memang mengecil atau sebab sebelum ni tengok badan dia bengkak sebab kena operate.

Semalam Pakcik Fauzi (Tok Cik Naqiuddin) datang melawat. Terima Kasih.