Category Archives: Famili

Masa Bermesra Dengan Amar

Cuti CNY ni Naqib dapat balik ke Kampung Ibu di Kedah lagi… Biasa kalau balik Kedah ni Naqib seronok untuk jumpa Amar, sepupu Naqib anak sulung Pak Ngah.

Kali ni Naqib dapat jumpa Amar lagi kat Kampung.. Tapi mungkin kali ni adalah kali terakhir dapat jumpa di Kampung untuk tempoh 3 tahun ni.. Lepas ni Amar akan tinggal di UK.. Pak Ngah nak sambung PhD di Univ of Nottingham hujung bulan 3 ni..

Naqib balik kampung hari Sabtu petang.. tapi sampai kampung hari Ahad 1.33 pagi.. Hari Ahad tengahari kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Sedim.. Tapi Naqib tak mandi Sungai.. Naqia je yang mandi dengan abah.. Sepupu² lain pun mandi dengan ibu & abah masing²…

Maghrib Naqib demam… Isnin & Selasa pun macam tu.. demam datang masa maghrib..  Mungkin  cuaca yang terlalu panas.. Isnin kami ke rumah nenek Mak Lang di Merbok…

Semalam lepas maghrib hantar abah ke Penang Airport.. Hujung minggu ni abah akan datang semula ambil kami…

Hari ni Naqib dah tak demam.. tapi Naqia pulak yang demam…

Cuti & Sekolah Semula…

Cuti lama, Minggu ni Naqib mula ke tadika semula untuk kelas 6 tahun.

Cuti sekolah Naqib banyak duduk rumah main dengan adik Naqia & Aqlan. Cuti ni juga Naqib kuat makan.

Raya haji Naqib sambut rumah embah di Sg. Manila Perak. Famili embah buat perhimpunan keluarga. Masa kemuncak majlis tu Naqib ada buat persembahan Nasyid Solatullah, Nasyid yang Naqib nyanyi masa Majlis Penyampaian hadiah lepas.

Awal bulan 12 abah bawa jalan ke Kuantan & Kuala Terengganu. 1st time pergi rumah Pak Dik di Kuantan & jalan2 di Terengganu.

Lepas balik dari pantai timur balik rumah tok di Kedah. Seminggu kami di Kedah. Buat kenduri untuk aqiqah Naqia & Aqlan.

Minggu terakhir sebelum sekolah Naqib balik rumah embah lagi. Naqib jadi orang pertama makan durian rumah embah musim kali ni. Naqib memang suka makan durian.

Isnin lepas Naqib mula ke tadika semula untuk setahun lagi sebelum masuk darjah 1.

Cuti Panjang

Semalam mula cuti sekolah, jadi tadika pun cuti seminggu.

Tapi kali ni Naqib cuti panjang. Sampai raya. Naqib balik Kampung Tok Wan kat Kedah. Ibu habiskan pantang kat kampung.

Hari Jumaat lepas, semua buku² Naqib kat sekolah bawa balik. Cikgu  pesan suruh habiskan buku English. Lepas raya bulan 10 ada exam.